Anak kelahiran Calcutta, India ini merupakan seorang wanita yang sangat berpengaruh dalam dunia perniagaan.
Beliau yang telah menyandang banyak jawatan-jawatan besar eksekutif syarikat ternama dunia sekarang merupakan seorang Chairwoman bagi syarikat atau jenama makanan kedua terbesar di dunia iaitu PepsiCo.
Beliau bukan sahaja seorang yang sangat bijak dan kemas dalam menyelia sesuatu perniagaan tetapi juga sangat hebat dari sudut akademi. Berlatar belakangkan ijazah sarjana dalam bidang fizik, kimia dan matematik, beliau juga mempunyai MBA dalam bidang pengurusan dari salah sebuah universiti di India.
Karakter yang sangat mementingkan pendidikan ini kemudiannya menyebabkan beliau berjaya memperolehi Master’s Degree dalam Public and Private Management dari university Yale.
0 comments:
Catat Ulasan