5 BAHAYA PENGGUNAAN MICROWAVE YANG PERLU DIAMBIL TAHU


Tidak dinafikan microwave menjadi antara perkakasan dapur paling convenient untuk kita semua. Sebab apa? Sebab cepat dan senang. Tapi kita selalu lupa benda yang cepat dan senang itu tak bagus dan tak tahan lama.

Oven biasa akan mengambil masa lebih lama untuk memasak kerana prosesnya menyeluruh dan microwave hanya memberi kepanasan luaran sahaja. Nak totally go for a great lifestyle? Makan kena jaga juga. Tak semestinya tak makan deep fried meal tapi makan makanan dipanaskan dari microwave itu bagus ya. Ini lima sebab microwave is a bad idea.

RADIASI
Betul, setiap microwave yang dikeluarkan sudah melalui proses R&D bagi memastikan ia selamat digunakan pengguna namun anda perlu ingat microwave juga hanyalah satu daripada buatan manusia yang dibantu mesin. Jadi perlu ingat proses R&D dan QC yang dilakukan hanyalah untuk satu masa tertentu, sebagai pengguna perlu tahu bila tiba masa penggunaan harus dihentikan dan kadar radiasinya tidak lagi berada di tahap yang selamat.

PENGURANGAN NUTRISI DALAM MAKANAN
Satu kajian dilakukan oleh Science of Food and Agriculture mendapati brokoli yang dipanas menggunakan microwave boleh kehilangan zat sehingga 97 peratus berbanding brokoli yang direbus. Begitu juga dengan khasiat dalam bahan organik lain seperti bawang putih terutamanya.

GANGGUAN SISTEM PENGHADAMAN
Kajian serupa yang dilakukan Journal of Food Science and Nutrition mendapati makanan yang dipanaskan menggunakan microwave mengakibatkan gangguan dalam sistem penghadaman dengan pengurangan sehingga 25 peratus. Hal ini mengakibatkan lemak tepu dalam badan terhasil. Pada 2010 21.7 juta kematian dilaporkan akibat sistem pencernaan yang tidak betul.

MENGURANGKAN KUALITI TIDUR
Mengapa hal ini terjadi? Kerana sistem pencernaan yang terganggu tadi. Selain itu radiasi daripada microwave dikatakan serupa jumlahnya dengan radiasi yang dihasilkan telefon pintar jadi sebaiknya elaklah daripada terlalu kerap menggunakan microwave jika mahu tidur yang lebih lena.

GANGGUAN OTAK
Ada kajian mendapati microwave bertindak balas dengan cepat pada bahagian alpha, beta dan delta dalam otak. Hal ini mengganggu sistem saraf otak dan mengakibatkan kehilangan memori, gangguan emosi dan mengurangkan keupayaan untuk fokus. Jangan terkejut dengan fakta ini kerana sudah banyak kes terjadi akibat tabiat ini dan jika boleh dielakkan adalah lebih baik.
SUMBER : http://stail.my/
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: