SENAMAN DAN URUTAN MUKA BANTU AWET MUDA


Ramai di antara kita bimbang apabila melihat kedut mula kelihatan di muka terutama apabila melihat wajah di cermin. Pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan kedut yang menandakan usia kita semakin meningkat sama ada melalui pengambilan suplemen, vitamin, melakukan rawatan khusus di spa-spa serta tidak kurang juga yang menggunakan pendekatan mudah dan cepat dengan suntikan antipenuaan seperti suntikan botoks.

Oleh itu, bagi mengatasi kedutan dan kecepatan proses penuaan berlaku, antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan kaedah fisioterapi iaitu senaman muka dan urutan muka.
Senaman muka boleh diamalkan pada otot-otot utama di bahagian muka selama 5 - 10 minit setiap hari terutama selepas mandi atau semasa bersolek pada waktu pagi sebelum ke pejabat atau bekerja. Senaman muka boleh dilakukan mengikut teknik-teknik berikut:

Senaman Muka
-Mulakan dengan senyuman manis di depan cermin
-Kening ke atas dengan menunjukkan muka seperti terkejut dan mengedutkan dahi
-Rapatkan kening dengan menutup mata dan menaikkan kedua-dua tepi hidung
-Senyum sambil menunjukkan gigi anda
-Lakukan 10 - 15 ulangan setiap senaman setiap hari tanpa jemu
-Teknik urutan muka juga membantu mengekalkan perjalanan darah dan mengekalkan otot di bahagian muka. Urutan boleh dilakukan sebelum atau selepas melakukan senaman muka selama 5 - 10 minit dengan cara berikut:

Urutan Muka
-Mulakan dengan meletakkan dua atau tiga jari di atas kening dan gerakkan dengan lembut ke arah sisi dahi
-Buka jari-jari anda dan letakkan di kawasan mata. Gerakkan ke arah sisi muka hingga ke telinga
-Buka jari-jari anda dan letakkan di celah antara hidung dan mulut. Gerakkan ke arah sisi muka hingga ke telinga
-Teknik urutan boleh dilakukan dengan pergerakan terus (linear) atau usapan (circular) dengan kekerapan 10 - 15 kali pergerakan setiap bahagian atau 5 - 10 minit sesi urutan setiap hari

Dengan mengamalkan teknik senaman dan urutan muka ini, ia akan dapat meningkatkan perjalanan darah bernutrien dan beroksigen ke bahagian muka anda di samping mengekalkan otot-otot muka bagi mengelakkan kejadian kedutan berlaku dengan cepat pada diri terutama di peringkat pertengahan umur anda.

SUMBER : http://ww1.utusan.com.my/
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: