Sotong Goreng Tepung Ala Terengganu
Kaedah 1
Kaedah 1
Bahan-bahan :
* 4 ekor sotong bersaiz besar - dipotong bulat ukuran 1 inci lebar
* 4 sudu tepung gandum
* 1 biji telur - dipecahkan
* Garam
* Lada sulah
Cara sebenar menyediakan sotong goreng tepung mudah
- Toskan sotong hingga betul-betul hilang airnya. Ia bagi mengelakkan sotong meletup bila digoreng. Gaul semua sotong dengan garam dan lada sulah.
- Panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan.
- Celupkan sotong ke dalam telur yang dipecahkan tadi.
- Salutkan sotong dengan tepung. Bila nak goreng baru salutkan sotong dengan telur dan tepung agar sotong tidak terlebih lembik.
- Goreng sotong dengan minyak yang penuh. Sotong akan masak dengan cantik dan rangup. Jika kurang minyak, sotong akan lembik.
- Angkat bila sotong kekuningan.
Kaedah 2
Bahan-bahan :
* 4 ekor sotong berukuran besar - potong bulat & nipis
* 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/8 sudu kecil garam
* 1 sudu besar minyak masak
* sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
* air secukupnya - lebih kurang 1 cawan
* minyak untuk mengoreng
* 1 sudu besar tepung lagi - untuk lumur pada sotong
Nak Lebih Rangup
- Toskan dulu sotong bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan sotong dengan tepung. Ia bagi menghilangkan bau hanyir pada sotong. Ketepikan.
- Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ini tidak terlalu cair, pekat sedikit berbanding menyediakan bancuhan lempeng atau kuih ketayap.
- Biarkan bancuhan tepung seketika anggaran 5 - 7 minit. Kemudian, celup sotong ke dalam tepung hingga menyaluti sotong sepenuhnya.
- Panaskan minyak dan celup sotong satu-satu dalam tepung dengan pegang perlahan-lahan. Kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
- Siap untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba!!
0 comments:
Catat Ulasan