BAHAN BAHAN
kuey teow secukupnya
100g daging ayam - dipotong kecil
10 ekor udang
3 ulas bawang putih- ditumbuk
1/4 biji bawang besar - dihiris
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar stok udang - air rebusan daripada kepala udang
3 cawan air
2 sudu tepung jagung - dibancuh sedikit air
minyak masak
gula dan garam secukup rasa
sayuran
1/2 biji lobak merah - dihiris
4 cili padi - diketuk
2 biji tomato
CARA CARA
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan besar. Tumis sehingga layu.
2. Masukkan daging ayam. Goreng sehingga hampir masak.
3. Masukkan air, stok udang, sos tiram dan kicap. Gaul sehingga sebati. Kemudian, masukkan udang. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sekata. masukkan semua sayuran kecuali tomato
5. Jika kuah kurang rasa, masukkan garam dan gula secukupnya. Pastikan rasa dahulu sebab mane lah tahu kuahnye dah sempurna masin sebab kita guna sos tiram.
6. Celurkan kuey teow didalam air panas dan toskan. Boleh dihidang bersama2 kuahnya tadi, tomato dan daun bawang.
Dah siap!
Sumber : Seharum Dapur Bonda KC

0 comments:
Catat Ulasan