Kali ini tak perlu habiskan duit beli produk sebab anda boleh guna
khasiat telur untuk hapuskan masalah kulit. Serius, ada hasilnya! Jom bongkar khasiat putih telur.
1. Tanggalkan Blackhead & Whitehead
Tidak perlu mengeluarkan belanja besar melakukan perawatan wajah di
spa. Proses membuang whitehead dan blackhead di spa ada kalanya
menyakitkan. Cuba petua ini, caranya amat mudah dan berkesan. Rendam
kapas muka dalam putih telur. Kemudian tempek pada wajah yang bermasalah
seperti hidung dan dagu. Biarkan sehingga kering. Kemudian tarik kapas
muka ini secara perlahan-lahan. Anda dapat melihat kotoran yang melekat
pada kapas. Putih telur menarik kotoran keluar daripada wajah, hasilnya
kulit wajah lebih licin.
2. Haluskan Kulit
Bagi anda yang mahu menjimatkan wang dan masa, amalkan mengoles wajah
dengan putih telur. Oles nipis, kemudian biarkan selama 15 hingga 20
minit. Bilas wajah dengan air suam diikuti dengan air sejuk. Lakukan
petua ini dua kali seminggu, kulit wajah akan tampak halus dan tegang.
3. Mencerahkan Kulit
Kulit wajah yang gelap dan tona kulit tidak sekata membuatkan wanita
berasa kurang yakin dengan penampilan diri. Usah sedih, ada cara untuk
atasi masalah ini. Campurkan yogurt asli atau original dengan putih
telur. Gaul sehingga sebati, oles pada seluruh wajah dan leher. Amalkan
dua kali seminggu, kulit akan beransur cerah secara semula jadi.
4. Membuang Lebihan Minyak
Cara yang paling berkesan untuk membuang lebihan minyak pada wajah
dengan menggunakan putih telur. Campurkan putih telur bersama sedikit
perahan lemon, oles pada seluru wajah. Kombinasi bahan alami ini juga
dikatakan dapat membantu mengecilkan pori-pori wajah.
5. Menghilangkan Jerawat
Jangan bimbang jika wajah anda ditumbuhi jerawat, sapukan putih telur.
Biar selama 20 minit, bilas dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin
sehingga jerawat hilang. Perubahan positif dapat dilihat seawal dua
hari, jerawat semakin kecut dan hilang tanpa meninggalkan parut pada
wajah.
Melembapkan Kulit
Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari mudah menjadi kering dan
berlaku masalah sunburn. Bagi mengatasinya, campurkan putih telur
bersama avokado. Gaul sebati, jadikan masker. Oles pada wajah, biarkan
selama 15 minit. Bilas dengan air sejuk, kulit akan kembali lembap dan
masalah sunburn akan berkurangan.
6. Rawat Masalah Lingkaran Gelap Di Bawah Mata
Lingkaran gelap di bawah mata atau lebih dikenali sebagai mata panda
sering menghantui wanita. Masalah ini berlaku kerana kurang rehat, tidak
cukup tidur dan stres. Kombinasi putih telur dan timun dikatakan dapat
mengatasi masalah mata panda. Oles putih telur pada bawah mata, kemudian
lekapkan hirisan timun. Biar selama 15 minit. Bilas sehingga bersih.
0 comments:
Catat Ulasan