Resepi agar-agar koktel yang menggunakan buah-buahan koktel di dalam tin. Juadah pencuci mulut yang begitu mudah untuk disediakan dan bahan-bahan mudah didapati.
Terbaik dihidangkan ketika sejuk, sungguh nyaman dan sedap. Cuma perlu diingat ketika merebus agar-agar api janganlah terlalu kuat kerana jika menggelegak di atas api yang terlalu kuat susu cari akan berketul-ketul dan teksturnya menjadi tidak cantik.
Bahan-Bahan:
1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
900 ml air
1 tin koktel buah-buahan
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
900 ml air
1 tin koktel buah-buahan
1 tin susu cair
1 1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
Cara Penyediaan:
1. Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.
2. Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.
3. Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.
4. Tuang di dalam loyang dan sejukkan.
2. Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.
3. Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.
4. Tuang di dalam loyang dan sejukkan.
Sumber : http://iresipi.com
0 comments:
Catat Ulasan