TIPS MULAKAN BISNES ONLINE DENGAN MUDAH.


Sejak kos sara hidup semakin meningkat, ramai yang mula mencari cara untuk mulakan perniagaan sambilan tanpa kos ataupun dengan modal yang minima. Berikut antara info dari sifu-sifu yang berkongsi satu formula mudah untuk anda yang nak mulakan bisnes secara part time di Internet.
*Formula tersebut diberi nama Langkah 3P.
FORMULA MULAKAN PERNIAGAAN INTERNET DENGAN MUDAH.
Ini adalah 3P yang terkandung dalam Langkah 3P.

P – PRODUK.
P yang pertama semestinya adalah produk atau perkhidmatan yang kita nak jual.
Kalau takde produk, macam mana nak buat bisnes kan?
Untuk perniagaan sambilan, kita digalakkan cari satu produk berdasarkan minat ataupun hobi kita.
Bila kita jual sesuatu yang kita minat, yang kita ada passion, biasanya kita akan lebih bersemangat and seronok.
*Jangan terlalu mudah terikut-ikut dengan bisnes yang orang lain buat.
Contoh :
Kita nampak orang jual simkad macam best jer.
Macam senang jer dia dapat ratus-ratus atau ribu-ribu sebulan.
Itu dia… !
Kita belum tentu... ?
Lagi satu cabaran kalau jual produk yang kita tak minat dan kadang-kadang tak pernah cuba pun adalah kita akan mudah putus asa bila gagal dapatkan jualan.
Kebanyakan peniaga pernah hadapi masalah yang sama dulu. Bisnes tapi tak jadi.

P – PLATFORM.
Bila anda dah tentukan apa produk atau perkhidmatan yang anda nak jual, tibalah masa untuk anda pilih apa platform yang anda nak guna.
Contoh platform (ataupun bahasa lain – channel pemasaran) adalah:
Facebook
Instagram
Twitter
Blog
Email
Minisite
Dan banyak lagi…
Sifu-sifu online menasihatkan supaya kita mula dengan platform yang kita dah biasa guna.
Contohnya kalau kita dah memang familiar dengan Facebook & Instagram, guna jelah 2 platform tersebut dulu.
Tak perlu bazir masa nak cuba buat website, blog, shopping segala bagai yang kita memang tak pernah cuba pun sebelum ini.
Bila dah maju dan nak berkembang, barulah kita explore platform-platform lain yang dirasakan sesuai untuk bisnes kita.

P – PEMASARAN.
Produk dah ada…
Platform pun kita dah pilih.
Sekarang masanya untuk kita mula mempromosikan produk kita.
*Setiap platform ada teknik promosi yang tersendiri.
Cara promosi di Facebook, tak sama dengan cara di Instagram.
Kalau guna Blog, lagilah berbeza berbanding dengan media sosial.
Jadi pastikan anda belajar cara promosi yang betul untuk setiap platform supaya anda tidak membazir masa mencuba macam-macam teknik secara semberono.

3 FASA PENTING DALAM PEMASARAN.
Bila sebut tentang pemasaran ataupun Marketing, saya rasa tak lengkap kalau saya tak kongsikan ilmu yang saya belajar daripada mentor saya, Dr Azizan Osman.
Kata beliau, bila kita buat Marketing, ada 3 fasa penting yang perlu kita lalui.

FASA #1 – BUAT ORANG TAHU @ KENAL.
Fasa pertama dalam pemasaran adalah untuk buat orang tau tentang produk atau servis kita.
Kalau orang tak tau, memang confirmlah mereka tak akan beli daripada kita.
Jadi kena sentiasa fikir macam mana nak orang tau yang kita jual produk sekian sekian.

FASA #2 – BUAT ORANG INGAT.
Kalau orang sekadar kenal kita, belum cukup bagus.
Sebab apa?
Sebab manusia ni cepat lupa!
Jadi kita kena buat pemasaran secara konsisten supaya orang sentiasa ingat kita.
Antara contoh yang bagus:
Colgate – Sebut jer ubat gigi, mesti orang akan cakap Colgate
Maggi – Walaupun ada banyak jenama mee segera di pasaran, Maggi adalah yang sentiasa menjadi sebutan
Pampers – Kalau nak beli diapers jer, orang akan sebut ‘Pampers’
Itu antara contoh hebatnya strategi pemasaran yang mereka guna pakai sampai dah jadi sebati dalam minda pengguna.
Kalau untuk produk kosmetik pula, boleh tengok contoh teknik pemasaran produk Qu Puteh Pamoga dan juga brand D’Herbs.

FASA #3 – BUAT ORANG SUKA.
Kalau orang kenal & ingat jer belum cukup untuk buatkan mereka membeli.
Sebab…
*Kajian membuktikan manusia membeli disebabkan emosi.
Kalau orang tu benci & menyampah dengan kita, macam mana kita nak harapkan dia beli dengan kita?
Sebab itulah dalam fasa yang ke-3 ini, kita kena buatkan orang suka dengan kita.

MACAM MANA NAK BUAT ORANG SUKA?
Antara kesilapan yang biasa dibuat oleh ramai usahawan adalah terlalu asyik menjual ataupun hard selling.

Kalau kita asyik nak jual dan suruh orang beli, orang akan menyampah & bosan.
Strategi yang betul bila nak menjual (dan nak kekal lama dalam pasaran) adalah dengan berkongsi.

“Never Sell, Always Share.”
Anda boleh berkongsi…
Tips-tips percuma untuk selesaikan masalah prospek
Manfaat dan juga kelebihan produk yang boleh membantu prospek
Testimoni & feedback pelanggan anda
Aktiviti bisnes anda
Tengah packing & hantar barang (tak kisah banyak ke sikit)
Tengah layan soalan-soalan prospek (sambil anda kongsikan jawapan)
Baru dapat Whatsapp dari customer cakap barang dah sampai (dan customer happy sangat)
Bila anda kerap berkongsi dan kurang menjual, orang bukan setakat kenal & ingat anda sebagai penjual produk sekian sekian…

Tapi kredibiliti anda akan meningkat dan orang juga akan suka dan tak sabar nak baca perkongsian anda yang seterusnya.

Dengan erti kata lain, secara tidak langsung, anda akan mula mempunyai peminat.

Senang ke senang nak jual sesuatu pada orang yang dah minat anda?

Kalau tak percaya, cuba tengok betapa mudahnya artis-artis mulakan bisnes dan sekejap jer dah berjaya buat sales ratus ribu malah ada yang jutaan ringgit sebab mereka dah ada peminat.
INFO : Firdaus Azizi
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: