9 Sifat Lelaki Yang Perlu Ada Untuk Dibuat Calon Suami

Pasti kamu pernah mendengar kenyataan daripada kaum perempuan yang mengatakan bahawa tiada lelaki baik atau yang boleh dipercayai ketika ini. Tidak semua kaum wanita tetapi segelintir daripadanya pasti pernah mengatakan kepada kamu dan membuat kamu tidak mampu berkata apa-apa terutama kamu seorang lelaki dan menyukainyai ketika itu.

Untuk perempuan, fikir sebaiknya sebelum kamu berkata sesuatu seperti itu kerana kamu harus melihat diri kamu dahulu sebelum membuat kenyataan seperti itu. Ada pepatah mengatakan, 'lelaki baik untuk perempuan baik'. Ia bukan bermaksud 'yang baik untuk baik' atau 'Oh pencuri akan kahwin dengan pencuri' atau 'ustaz akan kahwin dengan ustazah'. Bukan seperti itu yang disangkakan.

Perumpamaan seperti itu membawa maksud, jika kamu menjaga diri kamu dari setiap segi pasti kamu akan dapat pasangan seperti mana kamu menjaga diri kamu. Untuk mudah lebih faham, pasangan kita ibarat pantulan diri kita semula. Apa yang kita lakukan dan bagaimana diri kita, maka seperti itulah pasangan kita sebenarnya.
Hari ini admin akan kongsikan sedikit tips untuk kaum wanita ketahui ciri-ciri lelaki yang baik untuk mereka buat sebagai calon. Walaupun masih tidak mencukup tapi ini merupakan asas bagi untuk kamu ketahui dan elakkan diri daripada di kecewakan sekali lagi.

1. Menjaga solat
Perkara pertama sekali yang perlu kamu cari lelaki yang baik untuk menjadikan pasangan kamu adalah si dia menjaga solatnya. Jika melihat konteks melalui islam, solat itu merupakan tiang agama. Sama juga lelaki, lelaki merupakan ketua keluarga. Jika solatnya tidak terjaga maka sukar untuknya menjaga keluarganya.
Sama juga seperti agama lain selain daripada islam, pasti solat itu amat penting bagi setiap agama. Kerana dengan solat itu menjadi diri seseorang itu menjadi lebih disiplin, matang dan bertanggungjawab. Jangan sesekali mengambil pasangan yang tidak solat. Ingat tu!

2. Hormati kamu
Ciri lelaki yang baik apabila menghormati pasangannya. Jika lelaki itu seorang yang suka meninggikan suara atau merendahkan darjat kamu, elok tinggal dan carilah lain. Membezakan kamu dengan lain adalah tidak adil kerana tiada manusia hidup di bumi ini diciptakan sempurna. Dia tidak layak berkata sedemikian kepada kamu. Seorang lelaki yang baik akan menerima kamu seadanya dan tidak akan merendahkan kamu.

3. Tidak suka menuding jari
Seterusnya ciri lelaki yang perlu kamu cari adalah si dia tidak menuding jari kepada orang lain. Seorang lelaki perlu berani menempuh segala dugaan. Walaupun dia salah, dia harus menerima tanggungjawab dan menerima teguran atas kesalahan yang dilakukan. Elakkan mengambil lelaki yang suka menuding jari ke orang lain kerana silap hari nanti kamu yang akan menjadi mangsa.

4. Bercinta selepas kahwin
“Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.” (HR. Abu Dawud)
5. Tidak memandang rupa atau fizikal
Tidak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya pasti ada yang segelintir daripada mereka memilih pasangan daripada rupa dan fizikal. Bagi perempuan ada yang suka lelaki yang berbadan sasa dan segak, dan lelaki pula ada yang suka perempuan cantik dan ramping. Sifat seperti ini harus dihindari kerana kamu memilih bukan kerana hati tetapi kerana nafsu.
Seorang lelaki yang akan menghargai pasangannya tidak kira dari segi fizikal atau sifat kamu yang kadang-kadang panas dan sejuk. Jika menyukai seseorang berdasarkan fizikal hubungan kamu itu pasti tidak akan kekal kerana fizikal seseorang itu akan berubah kadang kala mengikut emosi.

6. Bercita-cita
Ciri seterusnya yang harus ada pada lelaki untuk menjadi calon kamu adalah mempunyai cita-cita dan impian. Orang seperti ini merupakan seorang yang berfikiran jauh dan merancang setiap apa yang dilakukan. Lelaki yang mempunyai cita-cita merupakan seorang matang dan serius dalam apa yang dilakukan. Apabila dalam percintaan pasti si dia akan mula berfikir atau mengajak kamu untuk berkahwin kerana bagi dia sampai bila nak cinta monyet lagi.

7. Rajin
Seorang lelaki yang baik harus mempunyai sifat diri yang rajin. Carilah pasangan kamu yang rajin bekerja dan jangan memilih lelaki yang pemalas. Seorang ketua harus memikul tanggungjawab yang besar terutama di dalam kekeluargaan. Jika si dia rajin mencari rezeki, itu adalah pilihan terbaik buat kamu. Jangan pula kamu memarahi dia kerana kurang memberi masa bersama dengan kamu, sebaliknya kamu harus menyokong dengan apa pekerjaan yang dia lakukan.

8. Setia
Ciri ini pasti ramai inginkan bukan? Lelaki atau perempuan yang baik adalah seorang setia dengan pasangannya. Tidak kira jantina, jika si dia tidak setia buat apa untuk dijadikan pilihan. Biar cantik atau segak macam mana, hati juga perlu kuat untuk menepis segala godaan yang datang. Apabila kamu sudah bersama dengan si dia, pasti kamu akan diuji dengan orang ketiga kerana disitu tuhan menguji kamu sama ada kamu kuat atau tidak. Dan untuk pengetahuan kamu, jika kamu diuji seperti itu, itu adalah petanda pasangan kamu merupakan calon yang terbaik.

9. Berani
Carilah lelaki yang berani dan sanggup untuk melindungi kamu. Pada zaman ini, kamu dapat lihat terdapat lelaki menyerupai wanita dan sebagainya. Di dalam islam, Allah melaknat lelaki berpakaian wanita. Jadi pilihlah seorang lelaki yang mempunyai ciri lelaki sebenar. Walaupun si dia berbadan sasa tetapi hanya menggunakan fizikal sebagai modal menarik perhatian kamu tetapi tidak berani untuk membantu kamu, maka lelaki itu di anggap pondan. Lelaki yang berani adalah seorang yang yakin dan sanggup menempuh segala cabaran yang datang.

Oleh: JIMIE REMAJA
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: