'Double Chin' Hilang Apabila Kamu Ikuti 4 Langkah Ini


Masalah 'dagu berlipat' atau 'double chin' sering terjadi di kalangan wanita berbeza dengan lelaki. Sesetengah wanita tidak suka apabila orang keliling menyatakan si dia memiliki dagu berlipat.
Bagi mereka, 'double chin' ini menandakan seseorang itu gemuk. Tetapi berbeza dengan lelaki, kerana kebanyakkan lelaki tidak hairan jika memiliki atau tidak.

Untuk kawalangan wanita yang ingin tahu bagaimana untuk hilangkan masalah ini, ikuti empat langkah mudah selain mengamalkan diet. Selamat mencuba!

Jangan Tidur Siang
Tidur siang boleh menyebabkan muka kamu menjadi sembab, wajah akan kelihatan 'bengkak' dan membuatkan kamu kelihatan berisi. Dagu akan mula berlapis jika sering tidur siang.

Urut dibahagian Wajah
Urut wajah setiap hari untuk mengatasi lebihan lemak di bawah dagu. Caranya, dongakkan kepala, perlahan-lahan urut bawah dagu (dari leher menghala ke dagu). Urutan yang betul boleh melancarkan perjalanan darah dan boleh jadikan dagu kamu runcing.

Pemakanan yang seimbang
Elakkan makanan yang berlemak yang boleh buatkan badan kamu naik. Bentuk wajah akan turut terkesan apabila berat badan kamu meningkat. Rata-rata wanita yang berbadan gempal mempunyai dagu berlapis.

Masker putih telur
Putih telur boleh menganjalkan kulit, caranya amat mudah sahaja. Sapukan wajah kamu dengan masker putih telur yang dicampur dengan perahan lemon. Amalkan tips ini seminggu 2 kali, InshaAllah bahagian dagu kamu akan menjadi tegang dan halus.

SUMBER : http://www.remaja.my/
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: