LARI! 5 TIPS MAKSIMUMKAN KESAN SENAMAN INI


Dalam banyak-banyak senaman, paling mudah ialah semestinya berlari kan? Tak perlu lari pecut serupa Usain Bolt, cukup sekadar jogging atau larian ringan yang sepadan dengan kapasiti dan kekuatan tubuh. Namun begitu, lari bukan sekadar lari, kerana ada caranya untuk maksimumkan kesan larian, supaya ia lebih berkesan dan cepat mendatangkan hasil – 5 tips simple.

1. Berlari Dengan Postur Yang Betul
Mengamalkan postur yang betul ketika berlari adalah sangat penting untuk mengelakkan kecederaan (kan terpleot kaki ko camno?). Bentuk postur yang wajib dibuat ketika berlari ialah dengan rilek-rilekkan bahu, tegakkan alignment tubuh, dan fokus kepada bahagian perut/core untuk kstabilan dalam larian.

2. Memakai Pakaian Yang Selesa Dan Sesuai
Ini haruslah untuk kita highlight-kan. Pemakaian yang betul dan kena dengan situasi (iaitu jogging) adalah wajib supaya tubuh anda selesa dan dapat memaksimumkan gerakan dengan pakaian (seluar ketat nak lari pun susah/takut terselak apa gunanya, apa lagi mengharapkan momentum tubuh ketika berjoging (nanti tak efektif).

3. Isi Perut Dengan Makanan/Minuman Yang Betul
Tak perlu banyak2, cukup kalau ada sedikit sumber karbo (yang mudah hadam)+protein contohnya sekeping sandwich ayam dengan roti putih, protein shake (molek sebelum mula larian)+ sedikit madu untuk get going. Psst.. kajian telah membuktikan, pengambilan karbo mudah hadam akan membantu untuk penggunaan dan penghasilan tenaga ketika berjoging. Barulah bertenaga dan puas berlari.
Jangan lupa air masak yang cukup ya! Mesti 1 liter untuk setiap 25kg berat.

4. Konsisten. Konsisten. Konsisten
No brainer – kunci untuk kesan larian yang berkesan ialah sentiasa istiqamah ketika melakukannya. Lari sekali seumur hidup untuk 5 minit tidak memberikan apa-apa kesan berbanding lari 5 minit untuk setiap hari. Barulah boleh keep track progress kita dan lambat laun steady je nak lari pecut anytime, especially kalau ada emergency.
Alah, 5 minit sehari je.

5. Tingkatkan Intensiti Ketika Berlari
lari bukan sekadar lari, tapi tumpukan sepenuh perhatian agar manfaat berlari/jogging dapat dilihat di seluruh badan. Pelbagaikan juga variasi lari agar tidak bosan dengan rutin yang sama. Cer buat:

-Lawan dengan kawan-kawan/keluarga
-Lari ikut route yang biasa, tapi terbalik – perspektif lain je nanti
-Lari ikut route yang berbeza sama sekali
letak pemberat di kaki untuk tingkatkan kapasiti tubuh, tanpa perlu menambahkan masa larian
-Lari bervariasi. Cam sekejap jalan, sekejap pecut. Ni teknik HIIT, dan berpotensi meningkatkan pembakaran lemak sehingga 25%.

SUMBER : http://mommylotte.com/
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: