Steve Jobs


Anda tak mungkin dapat melengkapkan kisah inspirasi usahawan tanpa nama ini. Steve Jobs tidak menamatkan pengajian beliau di kolej kerana keluarga beliau tidak mampu menanggung pembiayaan pengajian, tetapi beliau tidak pernah sebenarnya berhenti belajar. Steve Jobs banyak mengikuti kelas tanpa pendaftaraan, hidup berasaskan makanan percuma dari kuil Hare Krishna dan memulangkan botol Coke hanya untuk mendapatkan sedikit wang untuk meneruskan kehidupan.

“Sometimes life is going to hit you in the head with a brick. Don’t lose faith.”

Steve Jobs kemudian melalui satu fasa perjalanan hidup yang akhirnya membawa beliau memiliki karier yang sangat istimewa, unik dan di luar imaginasi ramai orang.

Beliau mengasaskan Apple Computer Company dengan rakan zaman kanak-kanak beliau iaitu Steve Wozniak. Bergelar ‘The Grandfather of the Digital Revolution’, Steve Jobs sebenarnya membawa satu revolusi yang besar kepada industri penggunaan produk elektronik dan pengaruh legasi ini akan kekal dirasai oleh generasi digital masa hadapan.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: