Ibadah rukun Islam ketiga ini ternyata menyumbang pelbagai faedah kepada kesihatan.
Rasa lapar dan haus yang ditanggung sekitar 15 jam di bulan Ramadan sebenarnya membantu merehatkan sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, amalan berpuasa mengatasi keradangan badan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuk penghasilan radikal bebas yang boleh mempercepat proses penuaan.
Menurut Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al – Qudri, sistem penghadaman manusia yang berukuran hampir 28 kaki panjang memerlukan bekalan tenaga yang tinggi untuk mencerna makanan dan menyerap zat makanan setiap kali kita makan. Gantian sel yang rosak dan fungsi organ dalaman badan dapat bekerja dengan lebih efisien kerana fokus tenaga badan telah beralih daripada tujuan penghadaman kepada proses peremajaan sel atau rejuvenasi.
Lebih mengejutkan, ramai saintis barat telah mula mengakui manfaat kesihatan daripada amalan berpuasa ini serta berpendapat bahawa ia turut berupaya mengurangkan risiko kardiovaskular dan penurunan berat badan.
Selain itu, kajian klinikal yang dilakukan para saintis juga mendapati ibadah puasa dapat membaiki tahap gula dalam darah bagi mencegah dan mengawal penyakit kencing manis, merendahkan tahap kolestrol serta tekanan darah.
sumber : http://www.nona.my/
0 comments:
Catat Ulasan