Bahan-bahan mujarab rawat keracunan makanan


Gejala yang anda boleh rasai apabila terkena keracunan makanan adalah seperti sakit perut, cirit birit dan muntah secar tiba-tiba dalam masa 48 jam selepas mengambil makanan atau minuman yang tercemar. Keadaan terus menjadi lebih parah apabila anda merasai demam dan kesejukan, najis berdarah, lemah, penat, dehidrasi dan kerosakan system saraf. Jangan pandang remeh soal serangan ini kerana boleh melibatkan maut!
Namun ini juga bergantung kepada jenis pencemaran yang dihidapi. Selain dari terus merujuk doktor di hospital, anda juga boleh menggunakan alternative semulajadi sebagai cara untuk menyembuhkan anda. Berikut adalah bahan-bahan yang anda boleh gunakan.

1. Teh
Dengan membancuh teh untuk rasa yang lebih enak boleh juga ditambah madu, pudina atau daun basil. Bukan setakat rasa yang nikmat malah bahan-bahan yang terkandung di dalamnya juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan rasa sakit sekali gus melindungi perut dari terkena penyakit yang sama.

2. Halia
Minuman halia yang dicampur dengan madu dan dihidangkan ketika panas sebenarnya berupaya meredakan sakit akibat keracunan makanan di tahap ringan. Cara penyediaannya adalah dengan nengambil sesudu madu dan kacau bersama larutan air halia. Dipercayai, formula ini berupaya mencegah masalah radang dalam perut sekali gus menghilangkan rasa sakit disebabkan keracunan.

3. Gula merah
Campurkan empat sudu teh gula merah ke dalam air suam. Kacau dan minum perlahan-lahan. Diaktakan gula merah mampu memberi lebih tenaga yang diperlukan.

4. Daun basil
Daun basil disebut juga sebagai daun selasih boleh membantu meredakan gejala keracunan makanan terutamanya disebabkan mual dan muntah-muntah. Cara mengunakan kaedah ini adalah dengan mencampurkan daun berkenaaan sama ada dalam minuman atau makanan. Boleh juga dijadikan jus dan bagi impak yang lebih cepat, minumlah ketika perut masih kosong.

5. Biji jintan
Hanya dengan mencampurkan satu sudu teh biji jintan yang telah ditumbuk halus ke dalam sup yang masih panas. Dikatakan, cara ini membantu meredakan radang yang berlaku dibahagian perut sekali gus mengurangkan rasa sakit yang dirasai.

6. Yougurt
Sekiranya rasa mual atau muntah-muntah disebabkan penyakit tersebut maka bolehlah mengambil yougurt. Kandungan mikroorganisma di dalamnya dikatakan membantu melawan keracunan makanan sekali gus melegakannya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: