Garam Senjata Kecantikan


Lazimnya, garam lebih meluas digunakan ketika memasak. Namun tahukah anda bahawa garam juga diibaratkan sebagai senjata penting dalam dunia kecantikan. Mulakan rawatan ala spa di rumah anda hari ini dengan menggunakan garam asli yang tidak bercampur dengan unsur lain.

Mata lesu
Larutkan ¼ sudu teh garam dengan ½ liter air hangat lalu basahkan bahagian mata dengan larutan air garam tadi. Anda juga boleh merawat mata yang lesu dengan helaian kapas yang telah dibasahkan dengan larutan air garam. Letakkan kapas basah tersebut di bahagian mata dan biarkan untuk beberapa minit hingga kering.

Pembersih wajah
Campurkan 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh minyak zaitun dalam mangkuk kecil. Gunakan campuran tadi sebagai pembersih wajah. Selain mudah, ia turut berkesan menanggalkan kotoran dan solekan tebal. Campuran garam dan minyak zaitun ini bertindak seperti scrub dan kemudian dicuci sehingga bersih.

Menyingkir kulit kering
Rendam kaki dalam air hangat yang telah dicampurkan bersama garam. Urut kaki dengan berus halus atau batu apung untuk menanggalkan sel kulit mati dan kulit kering. Biarkan kaki direndam selama 10 minit dan bilas dengan air. Keringkan ia sebelum menggunakan losen bagi memelihara kelembapan kulit.

Rawat kulit berminyak
Bagi merawat kulit wajah berminyak, isi botol penyembur bersaiz kecil dengan air hangat yang ditambahkan bersama satu sudu teh garam. Semburkan ia pada wajah dan keringkan.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: