PERUT adalah pusat kebanyakan penyakit dan ubat paling mujarab untuk menjaga kesihatan ialah mengawal tabiat makan. Dalam Islam, sunnah bagi kita untuk mengunyah makanan sebanyak 44 kali walaupun tiada dalil kuat mengenai amalan itu namun sejarah ada menyebut Rasulullah SAW mengunyah makanan banyak kali sehingga lumat.
Sememangnya, mengunyah makanan sehingga lumat baik untuk sistem penghadaman dan hal itu dibuktikan dalam kajian moden bahawakunyahan yang lebih lama dapat membantu menangani masalah kegemukan dan obesiti.
Pengkaji di China pula mendapati individu yang mengunyah makanan lebih lama berpotensi untuk menjadikan proses pencernaan beroperasi dengan baik berbanding individu mengunyah makanan 15 kali sebelum menelannya mengalami kadar pengambilan tenaga yang lebih rendah iaitu 11.9 peratus kurang untuk pengambilan makanan yang sama.
Selain itu, tempoh mengunyah makanan lebih lama juga membolehkan makanan bercampur air liur dengan lebih baik. Air liur bukan sahaja membantu untuk melicinkan makanan dan mengurangkan tekanan pada esofagus, tetapi ia juga mengandungi enzim yang menyumbang kepada proses penghadaman.
Kesimpulannya, mengunyah makanan terlalu cepat akan menghalang rembesan hormon yang penting untuk penghadaman bagi menimbulkan rasa kenyang.
ROSYANTI MADITIN
Keningau, Sabah
sumber : http://m.utusan.com.my/
0 comments:
Catat Ulasan