Nak Amal Pemakanan Sihat? Kuncinya B.M.V!


Tabiat makan memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Pepatah ‘you are what you eat’ sangat bertepatan dengan senario di Malaysia ketika ini. Statistik rakyat negara ini yang tergolong sebagai individu dengan berat badan berlebihan dan obes semakin meningkat dan membimbangkan.
Jika kita terfikir bahawa mengamalkan pemakanan sihat itu memenatkan, fikirkan kembali berapakah kos yang bakal ditanggung apabila kita sakit? Tentu ada dalam kalangan kita yang terbiasa melihat kesukaran yang dialami oleh individu yang terpaksa ‘berpantang’ daripada sesetengah jenis makanan kerana penyakit. Hakikatnya, penyakit yang dialami pada asalnya berpunca daripada makanan juga.

B.M.V bukan B.M.W!
Anda biasa dengar B.M.V? Bukan B.M.W ya! Jika belum, B.M.V ialah kependekan kepada Balance, Moderation dan Variety. Menurut Persatuan Pemakanan Malaysia, tiga kunci ini menjadi teras untuk mengamalkan pemakanan sihat. Piramid Makanan Malaysia boleh dijadikan rujukan untuk memilih makanan secara seimbang, dalam kuantiti yang sederhana dan pelbagai.

Balance (Seimbang):
Bagi mencapai keseimbangan dalam pengambilan makanan, pastikan anda menggabungkan makanan daripada setiap aras piramid dalam diet harian.

Moderation (Sederhana):
Kuantiti makanan yang bakal diambil perlulah berdasarkan saranan yang tertentu bagi setiap kumpulan makanan. Langkah ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan nutrien harian, bahkan penting dalam mengekalkan fungsi tubuh badan yang normal.

Variety (Pelbagai):
Kepelbagaian dalam pemilihan makanan merupakan kunci yang penting dalam membentuk tabiat makan yang baik. Hakikatnya, manusia memerlukan makanan daripada setiap kumpulan makanan bagi membekalkan nutrien yang cukup untuk tubuh badan.

BELUM CUBA BELUM TAHU
Saranan yang dikongsikan di atas, hanya tinggal saranan jika tidak disertai dengan tindakan. Apa yang penting ialah kesedaran bahawa kita hanyalah hamba-Nya yang diamanahkan untuk menjaga diri supaya kita boleh beribadah kepada-Nya. Hidup ini adalah tempat manusia diuji dan sudah tentu makanan yang lazat juga menjadi ujian buat kita. Pilihan di tangan anda, maka pilihlah makanan yang berkhasiat untuk kesihatan. Moga pilihan tidak tersasar, tindakan tidak canggung atau tersalah. Pilihlah makanan untuk sihat dengan B.M.V!
sumber : majalahjom.com
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: