3 Cara Untuk Hilangkan Parut Jerawat


Gunakan madu
Madu boleh digunakan bukan sahaja untuk merawat parut jerawat tetapi juga jerawat itu sendiri. Ia lembut pada kulit anda dan mengurang kemerahan dan kerengsaan. Madu mengandungi ciri-ciri anti bakteria yang membantu memudarkan parut jerawat dan tanda-tanda gelap. Ia melembapkan dan membuat kulit anda lembut. Sapukan sedikit madu pada parut di waktu malam dan basuh muka di waktu pagi.

Gunakan aloe vera
Aloe Vera dikenali dalam bidang kosmetik kerana ciri-ciri penyembuhannya dan ia boleh digunakan untuk menyembuhkan parut jerawat dengan lembut tetapi berkesan selepas beberapa waktu. Walaupun anda boleh membeli banyak gel berasaskan aloe secara komersil, perkara terbaik yang boleh dilakukan ialah membeli pokok aloe.
Untuk menggunakan aloe daripada pokok aloe vera, patahkan daunnya dan gosokkan isi kandungannya yang seperti gel terus ke atas kulit. Biarkan ia kering kemudian tinggalkan selama 30 minit. Basuh dengan pembersih muka yang lembut. Cuba lakukan ini setiap hari.

Gunakan minyak zaitun untuk membersihkan muka
Minyak zaitun, yang dikenali sebagai kaedah pembersih dengan minyak (OCM), ialah sejenis kaedah membersih muka alternatif untuk menanggalkan kotoran dan sebum daripada muka kita. Urut dengan lembut dan bersihkan dengan kain yang lembut.

sumber:zolace.com
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: