Cara Mudah Hilangkan Tumit Kaki Kasar, Merekah Dan Pecah-pecah

Masalah tumit kaki kasar, merekah dan pecah-pecah berlaku pada semua golongan tidak kira kaum adam atau kaum hawa, muda atau tua..namun bagi kaum lelaki masalah tumit kaki kering dan pecah bukanlah perkara yang besar bagi mereka..
Kebiasaannya mereka takkan dapatkan sebarang rawatan selagi tidak dijangkiti kuman dan menimbulkan rasa sakit..Bagi orang lelaki pejam mata jelah setakat tumit kaki merekah ni.
TETAPI tidak bagi kaum hawa.

Mana-mana wanita sekalipun akan rasa rimas dan tidak selesa apabila tumit kaki mereka merekah dan pecah-pecah. Pastinya wujud perasaan malu untuk berjalan-jalan dengan kaki yang sebegini.
Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan, namun keadaan ini menunjukkan seseorang itu kekurangan air di dalam badan yang menyebabkan kulit di bahagian tumit dan tapak kaki menjadi kering. Mula-mula kulit akan menjadi kering dan bersisik.
Jika dibiarkan dan tidak dirawat dengan cepat tumit ini akan mengeras dan kesudahannya akan merekah atau pecah.

Banyak faktor yang dikaitkan dengan tumit kaki merekah ni.. Antaranya ialah kurang peka dalam penjagaan kecantikan dan kebersihan diri, kulit terlalu kering, pertambahan berat badan, pemakaian produk kecantikan kulit yang tidak sesuai, dan pemilihan yang tidak tepat.

PETUA TRADISIONAL MENGATASI TUMIT KAKI PECAH DAN MEREKAH


#1 Getah Betik
Pilih betik yang tua, kemudian potong kecil-kecil. Sapukan getah betik pada tumit kaki. Gosok perlahan-lahan dan biarkan ia kering. Kemudian bilas dengan air bersih.

#2 AsamKeping @ Gelugor
Petua yang kedua ni sangat nudah kan. Rasanya ramai yang terus melompat masuk dapaur cari asam keping ni..Betul tak?? Macam mana nak buat??
Macam ni caranya, masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen atau baldi yang berisi air suam. Kemudian rendam kaki anda selama 20 hingga 30 minit. Boleh buat sambil tengo TV atau sambil baca whatsapps ke kan..Dikatakan asam keping ni berkesan menghilangkan tumit pecah dan bau kaki serta melembutkan kulit.



#3 Avokado
Di dalam buah avokado terdapat Vitamin E yang sangat tinggi. Vitamin E sangat bermanfaat untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit. Kisar isi buah ini sehingga hancur dan gunakannya untuk menyental tumit kaki. Biarkan ia kering selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih.
Untuk dapatkan hasil yang terbaik boleh la buat 2 kali seminggu. Tapi..tapi..buah ni susah juga nak cari kan. Saya pon tak biasa beli buah ni. Maklumlah buat luar negara kan. Manalah kita orang kampung cam saya ni pandai makan. Beli pon tak pernah kot.

#4 Minyak Zaitun
Sebelum tidur sapukan minyak zaitun pada tumit yang bermasalah. Sebaiknya pakai stoking atau sarung kaki. Amalkan setiap hari sehingga mendapat hasil yang diinginkan. Nak cantik macam artis kena la rajin kan..Pastikan guna minyak zaitun yang asli tau..Mana aci yang dah dicampur macam2 ok..



#5 Kelapa parut
Ambil kelapa parut dan campurkan dengan sedikit garam. Buat macam scrub la kan. Gosok bahagian kaki terutama tumit yang merekah. Gosok perlahan-lahan antara 3 hingga 5 minit.
Kemudian bilas sehingga bersih. Boleh dilakukan sambil mandi..Kekapa parut membantu melembapkan dan melicinkan kulit. Garam pula berpungsi membuang sel kulit mati.



#6 Tepung Beras
Rasanya ini antara yang peling mudah untuk diamalkan. Campurkan tepung beras dengan sedikit madu. Kemudian gosok tumit kaki dengan tepung beras tadi. Buatlah sekerap yang mungkin sehingga bahagiam tumit yang merekah kembali seperti asal.
Diharap 6 petua tradisional ini membantu mereka yang menghadapi situasi ini. Nak dapatkan hasil yang super kenalah rajin macam super juga ye. Jangan sekali buat je ye.. Memang tak nampak la hasilnya. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Sumber : a healthy living
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: