Memang susah nak sental kalau periuk memang dah terlajak hangus. Kadang-kadang sampai nak kena korek dengan pisau. Kali ini, penulis ingin berkongsi tips untuk menangani masalah periuk dan kuali hangus. Hangus yang memang dan susah nak sental.
#1 Baking Soda/Serbuk Penaik
Selalu digunakan untuk membuat kek. Rendamkan periuk yang sudah berkerak hangus tadi bersama dengan sesudu serbuk penaik. Biarkan dalam beberapa jam. Kesan hangus akan menjadi lembut dan mudah dibasuh.
#2 Cuka makanan dan Soda Bikarbonat
Ambil secawan cuka, dua sudu Soda Bikarbonat, air secukupnya dan span kasar atau besi kawat. Rendamkan air secukupnya ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi. Masukkan secawan cuka. Rebuskan sebatian tadi menggunakan periuk atau kuali yang hangus tadi. Perhatikan kesan hangus akan mula tertanggal. Padamkan api dan campurkan dengan soda bikarbonat. Sental sehingga kerak hangus tertanggal. Tambahkan lagi soda bikarbonat jika perlu. Cara ini sesuai untuk kesan hangus yang nipis seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.
#3 Garam dan Limau
Perahkan beberapa biji limau (ikut besar periuk dan kuali) kemudian campurkan sesudu garam. Biarkan lebih kurang satu jam. Sental dan cuci seperti biasa.
#4 Krim Tartar
Krim Tartar selalu digunakan sebagai medium untuk menggebukan kek dan membuatkan telur mudah kembang. Rendam bersama dengan air semalaman kedalam periuk atau kuali yang anda ingin bersihkan. Lihat hasilnya. Cara ini dilihat sesuai untuk kesan hangus yang tebal dan dalam.
#5 Garam
Didihkan garam bersama dengan bekas yang hangus tadi. Bila mendidih perlahan-lahan kacaukan menggunakan senduk. Perhatikan jika kesan kerak tertanggal teruskan kacau. Jika tidak, biarkan beberapa jam sehingga kesan hangus tertanggal sendiri.
#6 Tomato
Seboleh-bolehnya cari buah tomato yang tidak terlalu masak kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Lenyyekkan beberapa biji buah tomato didalam bekas yang hangus tadi. Biarkan semalaman sebelum teruskan kerja menyental dan mencuci.
#7 Minuman berkarbonat
Sesuai untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Rendamkan bekas yang hangus dengan minuman berkarbonat.Biarkan dalam beberapa jam. Anda boleh mnguji sama ada kerak tersebut tertanggal atau tidak dengan mencungkil kesan kerak menggunakan sudu besi. Jika tidak, biarkan semalaman.
#8 Cuka
Caranya masukkan air secukupnya kedalam bekas yang hangus. Masukkan secawan cuka dan cuba didihkan dahulu dengan cara mengacau sebatian sehingga kerak tertanggal. Jika kesan kerak tidak terlalu serius, selalunya cara ini sudah memadai.
#9 Garam Kasar dan Minyak
Sebaik sahaja selepas masak ketika periuk atau kuali masih panas rendamkan terus ke dalam air. Cuba basuh dan bilas dan cuba tanggalkan kerak hangus seboleh mungkin. Ambil segenggam garam kasar dan ratakan keseluruh permukaan dalam kuali dan periuk sambil menyental lagi sehingga kerak hangus tertanggal. Bersihkan semula kuali, lap sehingga kering. Panaskan semula kuali dan periuk terbabit. Agak-agak sudah panas, padamkan api. Perlahan-lahan sapukan minyak keseluruh bahagian dalam kuali dan periuk menggunakan berus.
#10 Sabun Mandi
Cara ini hanya akan dilakukan jika anda benar-benar ingin menggunakan kuali atau periuk yang hangus tadi secepat yang mungkin. Seboleh-bolehnya dapatkan berus keluli atau berus kawat. Potong sabun mandi menjadi empat bahagian. Mula-mula rendamkan sabun mandi ke dalam periuk atau kuali yang hangus tersebut bersama-sama dengan sepotong sabun mandi. Dalam beberapa minit sabun akan kembang. Buang lebihan air rendaman. Tekan dan sentalkan sabun mandi ke dalam periuk atau kuali sehingga penyek. Kemudian teruskan menyental menggunakan berus keluli tadi.
Petua-petua diatas mungkin berbeza mengikut jenis kehangusan dan ketebalan kerak tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda pernah mencuba mana-mana petua diatas, sila komen dalam ruangan komen dibawah dan berkongsi dengan pembaca lain keberkesanannya.
Sumber: http://www.abangbrian.com
0 comments:
Catat Ulasan