PETUA HILANGKAN BATUK


PETUA 1:
HALIA + LEMON + MADU
Terdapat dua cara yang boleh dipilih:
1) Halia dan buah lemon dihiris nipis. Masukkan hirisan halia dan lemon serta madu ke dalam sebotol air.
2) Sedikit halia ditumbuk lumat dan diambil airnya. Campurkan air halia dengan madu, jus lemon dan air biasa. Cara ini lebih berkesan.

PETUA 2:
LEMON + MADU
Jus daripada beberapa hirisan lemon dicampur dengan madu dan dibancuh dalam air suam.
• Lemon boleh digantikan dengan buah limau nipis.

PETUA 3:
BAWANG PUTIH - PALING MUJARAB!
Seulas bawang putih disalai selama beberapa minit lalu dimakan begitu sahaja.

PETUA 4:
AIR ASAM MASIN - PALING SEDAP!
(TANPA GULA)
Rendamkan sedikit asam masin dengan air suam lalu diminum air asam masin ini.
Tidak diketahui apakah khasiat asam masin sehingga ia boleh mengurangkan batuk tetapi ternyata ia melegakan tekak yang perit akibat sering batuk.

PETUA 5:
AIR BELIMBING - BOLEH MINUM SELALU!
(TANPA GULA)
Minum jus buah belimbing yang tidak dicampurkan gula.

PETUA 6:
LIMAU NIPIS + KICAP + GARAM
Perah beberapa titis jus limau nipis pada sesudu kicap dan sedikit garam untuk dijadikan ‘ubat batuk’ stail lama.

KHASIAT BAHAN-BAHAN ‘PENGUBAT’ BATUK
HALIA: Dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman, malah terdapat kajian yang menyatakan halia dipercayai boleh membunuh sel barah.

LEMON: Buah lemon kaya dengan antioksidan dan jus buah ini dapat meningkatkan pengeluaran antibodi di dalam tubuh. Ia juga mempunyai khasiat antibakteria dan mampu membantu tubuh
menentang jangkitan, terutama sekali jangkitan dada dan melawan semput.

LIMAU NIPIS: Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau berperanan menyingkirkan toksin. Rasa masam dan bahan kimia pektin yang terkandung di dalam limau nipis dipercayai boleh membantu menghilangkan racunracun di dalam tubuh.

MADU: Mengandungi bahan antibakteria yang dikatakan mampu melawan bakteria penyebab batuk. Turut dikatakan berkhasiat untuk mengurangkan kahak dan batuk.

BUAH BELIMBING: Dipercayai mempunyai khasiat antipiretik (boleh mengurang atau menyembuhkan demam) dan ekspektoran (meningkatkan perembesan bronkial dan memudahkan penyingkirannya), selain khasiat antiradang.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: