Memang benar kulit wajah lelaki berbeza dengan perempuan. Kulit mereka lebih lembut dan nipis berbanding kamu kerana persekitaraan kamu yang lebih terdedah dengan kotoran. Jadi tidak hairanlah mengapa wajah kamu lebih berminyak. Ada juga kemungkinan kamu mengamalkan cara penjagaan wajah yang salah selama ini. Ayuh semak sekiranya kamu melakukan empat tabiat buruk ini?

i.    Terlalu kerap cuci dan skrub

Sesetengah lelaki menganggap dengan mencuci wajah menggunakan teknik skrub secara kerap boleh menghilangkan masalah kulit wajah. Hakikatnya, cara ini hanya membuatkan wajah lebih berminyak, kasar dan sensitif. Sewajarnya, cuci wajah sekerap dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. Skrub pula diamalkan dua kali seminggu. Sebelum itu, pastikan skrub anda mempunyai tekstur halus, urut lembut dan bilas dengan air suam.

ii.    Biarkan peluh kering sendiri

Antara punca kulit sensitif adalah peluh. Walaupun peluh boleh menyejukkan badan tetapi itu tidak bermaksud kamu harus biarkan ia kering begitu sahaja. Segera bersihkan muka dengan menggunakan tisu basah atau tuala bersih agar segala kotoran degil tidak lagi melekat di wajah.

iii.    Seronok memicit Jerawat

Lelaki memang kurang peka perihal seperti ini. Bagi kamu, memicit jerawat akan menyelesaikan masalah. Namun tahukah ia akan meninggalkan parut dan akhirnya menyebabkan kulit wajah menjadi kusam. Sebaiknya, sapukan krim jerawat agar ia kering danpantas mengecil.

iv.    Buih syampu

Kamu mungkin kurang tahu tentang perkara ini. Apabila syampu rambut pastikan buih yang terhasil tidak melekat di wajah. Ini kerana buih tersebut mengandungi kotoran yang disingkirkan dari rambut. Malah kandungan bahan pelembap didalam syampu juga boleh membuatkan kulit wajah semakin berminyak.

v.    Sabun buku untuk wajah

Sabun buku berpotensi menjadi tempat bakteria atau kotoran berkumpul kerana ia terdedah dan telah disentuh oleh ramai orang. Sebaiknya belilah pencuci wajah khas untuk mengatasi masalah kulit wajah kamu.

SUMBER:

Oleh: EDITORIAL REMAJA
Tarikh: 21 Jun 201
6