Bahaya Jika Anda Tidak Berpeluh!


Berpeluh adalah cara menjaga tubuh selain menjadikan suhunya kembali normal.
Ia berfungsi mengeluarkan pelbagai racun dari tubuh melalui pori-pori ketika kita bersukan.
Dalam hal ini, olahraga atau berjalan kaki dikategorikan antara aktiviti mampu merangsang tubuh mengeluarkan keringat.
Tip ini akan dikongsi mengenai bahaya tidak berpeluh pada tubuh dan kesihatan.
Kulit kusam
Dalam tempoh yang lama tidak bersenam akan membuatkan kulit menjadi kering dan kusam. Ini kerana tiada tekanan berlaku terhadap kulit. Sekiranya anda khuatir mempunyai masalah kulit kusam, mungkin ini antara sebabnya.
Ganggu sistem imunisasi
Dengan berpeluh, ia membantu melahirkan sel darah putih. Fungsi sel darah putih didalam tubuh adalah sebagai penghalang virus dan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan tubuh.
Kegemukan
Tanpa bersenam, lemak berlebihan yang kita makan akan berkumpul tanpa ada proses ‘membakar’ lemak dan kalori. Setiap pergerakan di bahagian otot berbeza memberikan impak berlainan. Oleh itu, bagi mereka yang malas bersenam mudah buncit selain mempunyai otot tidak pejal.
Tingkatkan tekanan
Bagi seseorang yang ingin terhindar dari tekanan fikiran terus meningkat, digalakkan untuk bersenam. Lakukanlah apa saja yang mampu mengeluarkan peluh seperti menaiki tangga, berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya.
Jantung tidak sihat
Agar kesihatan jantung terus meningkat, maka disyorkan untuk menjadikan senaman sebagai rutin kerap. Dengan keluarnya peluh, ia akan melancarkan sistem kitaran darah yang masuk dan keluar dari jantung. Lancar proses ini maka lancarlah jantung anda.
sumber : hanasuva.com
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: