Hadapi Masalah


Dalam hidup kita ni banyak sangat masalah ? Ada yang sepanjang masa ada masalah betul?, kalau kita ada masalah, emosi kita terganggu , otak kita bercelaru dan mula la makan x kenyang, tidur x lena, mandi x basah Bila memikirkan masalah, kan? Masalah ini pula pelbagai, ada masalah di pejabat, ada masalah di rumah, ada masalah ngn kawan, ada masalah dengan kekasih dan sebagainya.
Macamana kita nk berjaya kalau kita x pandai keluar dari masalah dan menyelesaikan apa yang masalah yang sedang kita hadapi? Jadi macamana cara kita nak selesaikan masalah kita ni, ok yang pertama dan yang penting la, kita mestilah kena kenal pasti apa punca masalah kita yang sebenarnya, ok katakan kita dah tahu apa punca masalah kita sebenarnya , tetapi ilmu kita xda, maka jika ilmu xda boleh x kita nak selesai masalah tuh? Jadi kat sini kita juga perlu jadi seorang yang bepengetahuan, baru la mudah untuk kita selesaikan masalah tersebut, bila kita dah tahu semua ni baru la kita boleh bertindak untuk menyelesaikan masalah.

Dalam hidup ni kita yang tentukan dan kita juga yang pilih cara hidup kita macamana , sebab dalam Al-Quran, Surah Ad-Rad, ayat 11 telah menjelaskan “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali jika mereka mengubah diri mereka sendiri”. Kalau kita nak berjaya kita mesti lah ada azam dan niat dalam diri ingin berubah.

Untuk kita berubah kita mesti lah kena ada daya akal yang kuat, daya hati yang teguh, dan daya fizikal yang sihat. Kenapa ketiga-tiga ini penting? Sebab kalau ketiga-tiga ni kita xda macamana kita nak berubah kan? Dari perspektif aku lah, daya hati kita tu kena la kuat sebenarnya , kalau hati kita x kuat, kemungkinan akan timbul rasa iri hati dan dengki dengan kejayaan orang, dan mudah terpengaruh dengan manusia2 yang tidak mahu tengok kita berjaya. Dan daya akal pula, kenapa kita selalu rasa tertekan atau sebagainya? Sebab kalau kita nak tahu bila kita kurang nya ilmu pengetahuan dan kemahiran , ini lah yang akan membuatkan kita berada dibawah dan sukar untuk mencapai kejayaan. Dan Daya Fizikal pula bila ada masalah kesihatan ini juga menjadi faktor2 sebenarnya, jadi kesihatan fizikal kita perlulah kena jaga sentiasa.

Dan apa yang penting untuk kita berubah nih, mestilah kita bermula dengan sedar dan insaf, bila kita dah sedar dan insaf ni baru la kita tahu cara macamana kita nk perbaiki segala kesilapan kita selama ini, dan kita mestilah kena ingat 3 tuntutan Allah kepada setiap anak adam, yang pertama kita mestilah ada ILMU pengetahuan , dan kedua AMAL JARIAH dan yang ketiga mestilah menjadi anak yang SOLEH, jika ketiga2 ini kita jaga insyaAllah kita akan berjaya dunia dan akhirat.
Sebenarnya banyak lagi apa yang aku ingin kongsikan disini, tetapi buat masa ini cukup la disini ya, aku hanya kongsikan apa yang aku perolehi, jika ada kesilapan sila tegur, x salah kita saling tegur menegur dan nasihat menasihati untuk ke arah kebaikan. Sebab aku tahu aku hanya manusia biasa sahaja. Dan nanti aku kongsikan macamana ingin berubah untuk menjadi manusia yang dikatakan oleh Allah “Manusia diwujudkan setinggi-tingginya makhluk” insyaAllah ada masa nanti aku akan kongsikan.

Ini semua bukan aku copy paste, tetapi ini datang dari pemahaman aku yang dapat dari kursus yang aku hadiri selama 2 hari ni, aku kongsikan disini, untuk diri aku sendiri dan untuk kita semua, maklum la kita ni manusia biasakan, sering sangat lupa kepada hal2 yang sebegini, so jika aku lupa aku boleh rujuk balik disini. InsyaAllah aku akan cuba untuk tidak lupakan. Sebab aku tahu ramai yang mengelami penyakit DEKLESIA (penyakit cepat lupa) Cuma kita je yang x sedar akan kehadiran penyakit ini betul.

Jadi pesanan aku kat sini, setiap apa yang kita nk buat kita mestilah kena yakin pada diri kita sendiri, sebab bila kita yakin baru la kita dapat buat sesuatu perkara tu dengan semangat

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: