8 Petua Mencari Lelaki
Yang Baik
Setiap
wanita inginkan lelaki yang terbaik untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.
Namun begitu, apakah tips-tips untuk memilih atau mencari lelaki yang baik? jom
baca entri ni..
1. Yang
berkemampuan.
2.
Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada
segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela
dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama
ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal
menjadi suaminya.
3.
Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain
daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan,
menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang
baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan.
Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.
4.
Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga
membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak
akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada
kemampuan.
5.
Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala
amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan
kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga
isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.
6.
Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini
adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak
mengharapkan titik peluh isteri.
7.
Mudah memaafkan.
8.
Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai
akhlak dan budi bahasa mulia.
P/S :
Semoga dengan petua-petua ini dapat mambantu wanita umtuk mencari lelaki-lelaki
yang baik untuk dijadikan pasangan hidup…insyaAllah
Sumber
: nizarazu.com
0 comments:
Catat Ulasan