Kisah Perniagaan Dobi


Ada satu kedai dobi Melayu tu sangatlah laku. Pemiliknya kreatif dan buat dobi jenis layan diri. Bisnesnya maju pasal pandai tarik customer. Ada free wifi, ada detergent dan sebagainya. Duit pun masyuk..
'Untunglah...' seorang laki mendengus dengki.
Sorang bisnesman Melayu rasa jeles. Dia pun bukak kedai dobi betul-betul sebelah kedai pertama tu. Lepas tu, dia buat diskaun 70% untuk tarik customers dari kedai dobi pertama. Kedai dobi pertama pun rugi banyak.
Menjelang bulan kedua, pemilik kedai dobi pertama tekad nak balas dendam. Dia buat promosi PERCUMA terus. Jadi, customers pakat-pakat lari ke kedai pertama balik.
Kedai kedua jeles lalu dia hantar orang sabotaj mesin money changer kat kedai pertama. Bila mesin tu rosak, customers pun lari balik ke kedai kedua. Menyedari bisnesnya kena sabotaj, pemilik kedai pertama buat benda yang sama. Akhirnya, sama-sama lingkup. Padahal bisnes tu sangat berpotensi.
Sorang peniaga Cina datang lalu buka kedai dobi selepas dua kedai dobi Melayu tadi lingkup. Bisnesnya maju. Sorang peniaga Cina lain datang nak buka kedai dobi yang sama.
Peniaga baru tu datang berkenalan dan minta izin nak buka bisnes kat area tu. Sebabnya, dia selalu nampak customers menunggu maka dia yakin kawasan tu mampu tampung lebih satu kedai dobi.
Peniaga lama suggestkan supaya banyakkan dryer pasal kedai dia tak cukup dryer. Jadi bolehlah customers pergi ke kedai sebelah kalau dryer penuh. Dan dia bagi warning dan reminder supaya ambik insurans mesin supaya kos repair dapat dikurangkan.
Akhirnya, memang mesin rosak tapi pasal ikut nasihat member tadi, bisnes berjaya diselamatkan. Jadi kawan baik. Lepas tu sama-sama buat kerjasama bisnes lain macam kedai hardware pulak.
Moralnya, rezki tuhan yang bagi. Jangan dengki. Usaha sama sama
AUDIT
Azam
Usaha
Doa
Istiqamah
Tawakkal
In shaa Allah berjaya
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: