6 Faktor Tempat Kerja Ini Penyebab Gemuk


Berat badan anda naik mendadak sejak mula bekerja? Anda sebenarnya tidak berseorangan. Dalam satu soal selidik untuk CareerBuilder, sebanyak 41% responden melaporkan bahawa berat badan mereka meningkat sejak mula berkhidmat di tempat kerja sekarang. Stres merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan seseorang itu makan berlebihan dan bertambah berat.
Bagaimana pula jika pekerjaan anda rendah stres, tetapi berat badan anda tetap meningkat? Cuba semak faktor-faktor berikut, mungkin anda terperangkap dalam salah satu jerat ini:

1. Makan tengah hari di luar
Apabila anda makan di luar, kemungkinan besar anda tidak tahu pengolah makanan dan berapa jumlah kalori makanan yang dipesan. Sebaiknya, bawalah bekal dari rumah. Bukan sahaja sihat dan murah malah anda boleh menentukan bahan yang ingin dimasukkan dalam makanan.

2. Tabiat makan rakan sekerja
Keluar makan bersama rakan sekerja sebenarnya boleh mempengaruhi jenis makanan yang anda pesan; manusia lebih cenderung untuk akur kepada 'norma makan' dalam persekitaran sosial. Dalam erti kata lain, jika anda tahu orang lain akan memesan makanan yang tinggi kandungan lemak, kemungkinan tinggi anda juga akan memesan makanan yang sama.

3. Jamuan di pejabat
Sesetengah tempat kerja suka meraikan pelbagai perayaan; hari lahir, perayaan kaum, naik pangkat dan apa sahaja yang boleh dirayakan. Meskipun keraian sebegini boleh meningkatkan moral para pekerja, opsyen makanan jamuan yang biasanya bergula dan berminyak sebenarnya tidak mesra kesihatan.

4. Mesin jualan (vending machine)
Kebanyakan pejabat pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu mesin jualan. Di Malaysia, mesin sebegini biasanya menjual air berkarbonat atau pilihan air panas dan sejuk seperti kopi dan teh yang tinggi kandungan gula. Anda mungkin tak sedar bahawa anda merupakan salah seorang 'pelawat' yang konsisten mengunjungi mesin jualan di tempat kerja.

5. Menggunakan lif
Bilakah kali terakhir anda menggunakan tangga di pejabat? Ya, tangga. Jangan jadikan alasan "pejabat saya di tingkat 13" untuk tidak menggunakan tangga, sebaiknya keluar lif satu atau dua tingkat sebelum dan gunakan tangga untuk menambah langkah membakar kalori harian anda.

6. Kurang cahaya matahari
Kubikel anda tidak bertingkap, atau anda masuk kerja sebelum matahari terbit? Anda sebenarnya kerugian satu senjata menentang obesiti semulajadi. Sebuah kajian Universiti Northwestern mendapati bahawa pendedahan kepada cahaya matahari adalah berkait rapat dengan BMI, manakala menerima cahaya terang pada awal pagi pula mempunyai efek kurus. Pengkaji menyarankan 20-30 minit cahaya matahari di antara 8 a.m. dan tengah hari untuk mencegah kenaikan berat badan.

Jadi, anda selalu terjebak dalam situasi yang mana? Mungkin agak sukar untuk mengelak, terutamanya bagi faktor-faktor kekal seperti keadaan kubikel anda dan menghadiri jamuan di pejabat. Walaubagaimanapun, anda masih boleh membuat pilihan sedar ketika memilih makanan dan membnyakkan pergerakan yang boleh membantu membakar kalori. Jangan lupa, tiada alasan untuk tidak hidup secara sihat!
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: