Lelaki Akan Diam Dalam 4 Situasi Ini

Image may contain: 1 person , hat, close-up and indoor



Benarkah lelaki lebih diam berbanding wanita? Ataupun mereka hanya akan mendiamkan diri apabila ada perkara mengganggu fikiran atau hatinya? Tiada kajian atau fakta boleh menunjukkan lelaki lebih pendiam berbanding wanita. Ini kerana, becok atau pendiam bergantung kepada perilaku seseorang manusia.

Bagi yang sedang bercinta atau berumah tangga, wanita perlu peka dengan tingkah laku lelaki. Ini kerana fahaman anda tentang tingkah laku lelaki sedikit sebanyak akan membantu dalam perhubungan. Tidaklah anda cepat melenting apabila menghadapi situasi ini dan berfikir yang bukan-bukan pada kaum Adam. Jadi, ketahui sebab lelaki tiba-tiba mendiamkan diri.

1. Dilanda Masalah
Biasanya lelaki begitu ego dalam hidupnya. Tidak hairanlah dia akan sedaya upaya menyelesaikan setiap masalah yang ada tanpa bantuan orang lain. Tetapi jika tiada jalan penyelesaian, maka dia lebih banyak berdiam diri kerana tertekan dengan masalah tersebut.

2. Berbicara Soal Perkahwinan
Lucu bukan? Lelaki diam kerana dia seakan tidak percaya akan memikul satu tanggungjawab yang berat dalam hidupnya. Sentiasa memikirkan sama ada dia bersedia atau tidak bergelar ketua keluarga. Maka dalam tempoh bertunang atau beberapa bulan untuk berkahwin, kebanyakan lelaki akan pelik perangainya.

3. Putus Cinta
Itu petanda hatinya sedang terluka. Lelaki kebanyakannya akan diam apabila cintanya didustai ataupun dia menjadi penyebab segala apa yang berlaku. Waktu ini, anda sebagai rakan perlu memberinya ruang untuk berfikir. Dua hari kemudian barulah cuba bercakap dengannya.

4. Balik Rumah Mertua
Cuba perhatikan pasangan anda apabila di rumah mertua. Kurang bercakap dan jika bercakap pula menggunakan nada rendah. Kadang-kadang ada lelaki yang memilih untuk memerap di dalam bilik sahaja daripada bercakap dengan pihak mertua. Jika suami anda begini, lebih baik nasihatkan sedikit
agar tidak dianggap kera sumbang.

Sumber : maskulin.karangkraf.com
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: