Michael Phelps.


Best tak, bila anda dapa jumpa idola anda sendiri?
Ini yang terjadi kepada Joseph Schooling yang merupakan perenang dari Singapura. Beliau sangat meminati Michael Phelps dan pernah bertemunya 8 tahun lalu. Apa yang menariknya, dala Sukan Olimpik Rio kali ini Joseph Schooling berjaya merangkul pingat emas dalam acara 100m kuak kupu-kupu mengatasi idolanya Michael Phelps dalam acara itu.

Tetapi sebenarnya ini bukanlah zero to hero pertama yang diinspirasikan oleh Michael Phelps. Meskipun skill, teknik dan kejuaraan yang telah dirangkumi beliau dalam banyak acara renang antarabangsa telah banyak menjadi pendorong untuk atlet-atlet pelapis, kehidupan beliau sendiri yang jika dilihat dengan lebih dekat telah banyak menjadi inspirasi perubahan hidup ramai orang di luar sana.

Pasti ramai yang ingat, atlet seperti Michael Phelps setiasa positif sahaja! Kalau anda nak tahu, Phelps pernah melalui satu fasa dalam hidup di mana beliau berada dalam situasi kemurungan. Beliau mempunyai tabiat minum dan hampir berputus asa dalam mencari matlamat hidup hingga merasakan kehidupan ini sudah tiada nilai lagi.

Tetapi apa yang benar-benar menjadi inspirasi buat kami adalah bagaimana beliau mengatasi fasa yang penuh kegelapan ini dengan berubah, menjadi lebih berdisplin dan sekaligus melahirkan seorang juara dalam diri beliau. Lebih lagi apabila beliau adalah juara yang telah menjadi inspirasi kepada lebih ramai juara.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: