Pahit getir kejayaan Honda Soichiro

WARNING: TLDR!!

Kalau sebut jenama HONDA, semua orang kenal kan?
.
Tapi berapa ramai org yang tau pahit getir yg dilalui oleh Honda Soichiro?
.
Meh abam nak share skit citer psl dia. Bagi saya, dia adalah seorang yg sgt saya hormati dan kagumi... Baca elok2 ya, panjang nih
.
- Dari kecik minat kereta
.
- Lepas habis junior high (lebih kurang PMR) pindah ke Tokyo utk kerja di bengkel kereta
.
- Kat bengkel tu, bukan kerja repair kereta, tapi kena buat kerja remeh (buang sampah, beli makanan, sapu lantai etc)
.
- Gempa besar Kantou berlaku, Pekerja2 bengkel balik kampung utk bsama keluarga. Bengkel kosong xde pekerja, Kecuali Honda
.
- Akibat gempa, dia nampak yg kereta kat jepun senang rosak. Dia cadangkan spoke kayu yg digunakan masa tu ditukar dgn spoke besi. Dia buat JV dgn pemilik bengkel
.
- Idea Honda dapat sambutan dari seluruh jepun termasuk dari syarikat luar negara
.
- Wang hasil dari jualan metal spoke, hampir semua dilabur utk sebuah makmal utk buat spare part. Dia bercadang utk bekalkan piston ring kpd Toyota
.
- Usaha dia gagal. Duit hasil jualan metal spoke pun kering. Dia tpaksa gadaikan barang kemas isteri dia
.
- Utk hasilkan piston ring yg lebih baik, dia masuk universiti. Budak2 kat U tu semua gelakkan dia sebab dia sorang je pelajar 'tua'
.
- Dia berhenti dari U tanpa menamatkan pengajian dan tanpa sijil. katanya 'saya belajar utk ilmu, bukan utk sijil'
.
- Dia balik ke makmal utk hasilkan piston ring. Dalam 30,000 piston ring yg dihasilkan, dia memilih 30 yg terbaik utk dihantar ke Toyota bagi tujuan QC
.
- Sementara tunggu result dari Toyota, Honda dan abangnya bpenat lelah utk hasilkan kereta lumba sendiri utk menyertai perlumbaan
.
- Honda sendiri jadi driver dlm plumbaan tu. Malang x bbau. Dia eksiden dan cedera parah. Kereta lumba kesayangan yg dihasilkan dgn kudrat sendiri hancur bkecai
.
- Ketika tengah pulih dari kecederaan di hospital, dia terima result dari Toyota. dalam 30 piston ring, hanya 3 sahaja yang lepas QC......
(at this point, mesti korang dah give up kan?)
.
- Tu x menjadi penghalang kpd Honda. Selepas pulih, dia buat lagi piston ring sampai jadi. Akhirnya, dia menjadi bjaya mjadi supplier kpd Toyota
.
- Baru je nak hidup senang... perang dunia kedua meletus. Kilang dia kena bom.... dia bina balik.
.
- Dah bina balik, Hasilkan pengeluaran balik... pastu kena bom skali lagi....
.
- Perang akhirnya tamat. Seluruh Jepun hampir musnah. Seluruh negara lumpuh.
.
- Disebabkan takde transport, semua orang tpaksa naik basikal atau pengangkutan awam. Ramainye org naik public transport sehingga orang nak masuk keluar dari kereta api pun tpaksa melalui tingkap
.
- Di mana org lain nampak kesusahan, dia nampak peluang
.
- 'Apa yg diperlukan rakyat Jepun adalah kenderaan yg mampu dimiliki dan simple' dia kata kpd diri sendiri
.
- Dia kumpul enjin tentera yg tak digunakan dan pasang enjin tu kat basikal.
.
- Idea Honda dapat sambutan hangat dari orang Jepun. Sekaligus meringankan beban rakyat jepun dan sistem pengangkutan
.
- Dari situ Honda berkembang utk jadi pengeluar motosikal tbesar di Jepun. (sekarang no.1 kat dunia)
.
- Bagi org lain, Honda ni dah kira berjaya. Tapi bagi Honda sendiri, dia masih belum puas. Dia minat kereta, bukan motor.
.
- Cadangan Honda utk hasilkan kereta dapat tentangan dari kerajaan Jepun dan syarikat2 jepun sebab Jepun dah ada syarikat pngeluar kereta yg mncukupi
.
- Akibatnya, banyak syarikat tak nak bekerjasama dgn Honda.
.
- Ada Honda kesah? Dia tetap hasilkan kereta. Peluang Honda tiba ketika krisis minyak pada era 70-an.
.
- Syarikat lain bpakat utk kurangkan pengeluaran dan tingkatkan harga. Apa Honda buat? Tingkatkan pengeluaran 2 kali ganda dan kurangkan harga.
.
- Hasilnya, jualan Nissan dan Toyota merudum 40%. Jualan Honda naik 76%
.
- Honda bina sebuah kilang di USA, tindakan yg dianggap tak masuk akal
.
- Pada awal 80-an, Honda adalah syarikat pengeluar kereta ke3 tbesar di jepun. Pada akhir 80an, Honda mnjadi pengeluar kereta ke3 terbesar di dunia...
.
- Honda mengenang balik kejayaanya: Ketika masih kecik, saya dah fikir 'suatu hari nanti aku akan hasilkan keretaku sendiri'
.
- Dah banyak kali berjaya, mesti Honda ni kerek gila kan? Pada suatu hari, ada sorang tetamu dtg melawat. Bila tetamu tu gi toilet, gigi palsu dia terjatuh dlm tandas. Honda masuk ke tangki najis utk dapatkan balik gigi palsu org tu.
..
.
Dah penat menulis. Saya nak akhiri dgn quote favorite saya oleh Honda Soichiro
'どだい失敗を恐れて何もしないなんて人間は最低なのである'
Basically, manusia yang tak buat apa2 kerana takut gagal adalah manusia yang paling tak guns,!

Kredit to Dee Gym Suppliment

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: