7 Perkara Kita Selalu Buat Punca Wajah Cepat Tua


Kemunculan garis halus, bintik hitam pada kulit adalah antara tanda-tanda kulit mula mengalami penuaan. Semua ini bukan terjadi ketika usia anda memasuki 40 tahun tapi lebih awal daripada itu.
Salah satu punca perkara ini berlaku lebih awal kerana beberapa perkara yang selalu kita lakukan tapi tanpa sedar menyebabkan kulit cepat berkedut.
Berikut adalah tujuh rutin yang perlu dielakkan agar tanda-tanda penuaan tidak berlaku lebih awal dari usia kita.

1. Membersihkan wajah secara berlebihan
Kulit yang terasa ketat selepas dicuci dianggap bersih, namun itu juga bermakna minyak semula jadi yang berfungsi melembapkan kulit dan memastikannya elastik sudah hilang.
Bagi kulit kering cukup membersihkannya sekali sehari pada waktu malam dengan susu pembersih manakala untuk kulit kombinasi ataupun berminyak dua kali pada sebelah pagi dan malam dengan pembersih yang lembut.

2. Menggunakan serum atau krim dengan gerakan dari atas ke bawah
Kulit memang secara semula jadi makin mengendur dan jika setiap hari ditarik dari atas ke bawah semasa membersih dan melembapkannya ia akan mempercepatkan lagi proses pengenduran.
Tindakan ini juga turut mempercepat kemunculan kedutan terutama sekitar mata. Jadi sewaktu merawat wajah pastikan anda melakukannya dengan gerakan ke atas, dari dagu ke arah dahi.

3. Tak mengenakan krim pelindung sinar matahari
Tahukah anda terdedah pada sinar matahari selama lima hingga 10 minit saja tanpa menggunakan krim pelindung sinar matahari sudah cukup untuk merosak sel-sel kulit.
Lebih tepat lagi, ia tak hanya merosaknya sel-sel kulit, menyebabkan timbul tanda penuaan seperti kulit kering, berkedut dan bintik hitam saja, tapi juga berisiko untuk terkena kanser kulit!

4. Cara duduk salah
Kita sering duduk membongkok di kerusi dengan dagu yang disangga telapak tangan. Cara duduk seperti ini bukan saja menyebabkan anda bongkok dan sakit leher tapi kulit sekitar dagu jadi kendur dan berkedut.
Begitu ketika kita dengan menundukkan kepala sewaktu membaca atau melayan gajet. Jika dilakukan terus menerus dalam tempoh masa yang lama maka beban yang timbul di leher akan memberatkan juga kulit pada bahagian dagu yang akan menyebabkan ia kendur.

5. Minum dengan straw
Anda mungkin tak sangka perkara yang ini juga boleh menyebabkan wajah mengalami kedutan. Ia akan berlaku jika kita kerap minum dengan cara ini. Ini kerana sewaktu mengecutkan bibir, ia memberi kesan timbulnya garis-garis kedutan di sekitar bibir.

6. Kurang tidur
Waktu tidur yang normal adalah lapan jam sehari. Jika tidak cukup ia akan memberi kesan pada kecantikan kulit. Sebabnya semasa tidur kulit akan melakukan pembaharuan agar segar kembali.
Jika waktu tidur anda tidak cukup, sel kulit tidak dapat diperbaharui dan memudahkan kemunculan tanda-tanda penuaan. Selain itu kurang tidur juga menyebabkan hormon stres meningkat yang menyebabkan kulit anda kusam dan anda tampak lebih tua.

7. Tidak minum air yang cukup
Minum air yang cukup akan membantu kulit berseri dan lebih muda kerana racun atau toksin dikeluarkan dari kulit. Jadi sebaiknya minum air putih paling tidak lapan gelas sehari.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: