Tidur yang cantik


Jika Mahu Kulit Awet Muda, Tidurlah Dengan Posisi Ini
Wanita mana yang tidak mahu kulit tampak awet muda tanpa kedutan. Sebab itu ramai yang sanggup membeli krim dan serum anti penuaan mahal untuk tujuan ini.
Tapi tahukah anda bahawa posisi tidur juga boleh mempengaruhi kecantikan kulit? Setiap posisi tidur itu ada kesannya.
Posisi tidur menelungkup dengan wajah ditutupi bantal akan mempercepatkan kemunculan kedutan dan garis halus pada wajah.
Sementara tidur mengiring membuatkan wajah menekan pada bantal dan kekurangan oksigen. Tidur dengan satu posisi juga tidak elok kerana menyebabkan kedutan kelihatan ketara pada bahagian mata.
Jadi posisi tidur bagaimana yang membantu melewatkan kedutan pada wajah? Paling elok adalah dalam keadaan berbaring dengan wajah mengadap atas tanpa sebarang tekanan.
Semakin berusia maka keanjalan kulit akan semakin menurun. Jadi posisi tidur ini tidak memberi tekanan pada wajah sekali gus melambatkan kemunculan kedutan.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: