Kami tahu sukan yang dikenali sebagai hydro ride, pool biking atau aqua cycling belum terdapat di Malaysia lagi. Namun, sedikit info buat anda yang gemar berbasikal secara setempat. Ahli terapi fizikal luar negara kini menawarkan aktiviti berbasikal di dalam kolam.
Seperti yang anda bayangkan, sukan yang dikenali sebagai aqua cycling ini memang jauh beza dari sukan berbasikal yang anda ketahui. Aqua cycle tidak mempunyai roda, gear atau aksesori seperti yang terdapat pada basikal biasa. Sebaliknya, basikal diletak atas lantai kolam. Pengguna duduk sehingga air paras pinggang, semakin laju anda mengayuh semakin sukar kayuhan tersebut.
Mengayuh basikal di dalam air memberi kesan terhadap sendi-sendi anda sehingga memaksa anda terus kuat mengayuh. Apabila berada di dalam air, kayuhan menjadi berat di mana teknik menolak kaki ke depan dan ke belakang lebih berkesan berbanding kaki naik turun.
Setiap pergerakan yang dilakukan menggalakkan kadar jantung sehingga 800 kalori setiap jam. Tekanan dari dalam air mampu mengurut otot untuk merangsang aliran darah dan membantu menyembuhkan tubuh badan anda. Hasilnya, tubuh badan akan terasa ringan dan otot terasa tenang dan longgar.
Senaman di dalam air ini sangat sesuai untuk sesiapa saja sama ada anda sedang sakit otot, mengandung, mahu membina badan atau tubuh cergas.
Meskipun negara kita belum mengadakan sukan ini, anda sudah boleh membayangkan sukan berbasikal di dalam air yang hebat ini. Mungkin ini membantu memberi inspirasi saat anda terjun ke dalam kolam nanti. Tidak ada salahnya jika anda buat-buat mengayuh di dalam kolam!
sumber : http://www.karangkraf.com/
0 comments:
Catat Ulasan