Kenali Tahap Kesihatan Anda Melalui Kedudukan Jerawat


1. Kedudukan Jerawat Di Bahagian Atas Dahi
Bahagian badan yang terlibat: Sistem pencernaan dan pundi kencing

2. Kedudukan Jerawat Di Bahagian Bawah Dahi
Bahagian badan yang terlibat: Jantung

Jantung adalah organ besar yang mengepam darah ke seluruh badan anda. Jika ia tertekan disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang, tidak aktif dan pelbagai tekanan mental dan fizikal, bukan sahaja anda berkemungkinan untuk mendapat jerawat di dahi anda, seluruh badan anda juga akan turut terjejas teruk jika anda tidak rawat masalah ini. Mempunyai jantung yang sihat bermakna anda dikehendaki untuk melakukan latihan-latihan untuk menguatkan jantung, dan juga makan makanan yang sihat, dan kurangkan tekanan.

3. Kedudukan Jerawat Di Telinga
Bahagian badan yang terlibat: Buah Pinggang
Apabila buah pinggang tidak dijaga, anda akan mendapati ini menjadi masalah utama, jerawat yang menyakitkan pada telinga anda yang tidak dapat dihilangkan tidak kira apa. Sudah tentu ianya sangat menjengkelkan bukan?

4. Kedudukan Jerawat Di Mata, kawasan keliling mata dan antara kening
Bahagian badan yang terlibat: Hati
Kulit berminyak, kemerahan, merekah dan jerawat antara kening menunjukkan bahawa hati anda mungkin telah kerja lebih dari sepatutnya dan memerlukan pembersihan.

5. Kedudukan Jerawat Di Bahagian Atas Pipi
Bahagian badan yang terlibat: Paru-paru dan Sistem Pernafasan
Tekanan ke atas paru-paru berkemungkinan menyebabkan jerawat di bahagian atas pipi dan juga memecahkan kapilari darah anda. Tekanan ini adalah termasuk merokok, asma, alahan, dan jangkitan paru-paru.

6. Kedudukan Jerawat Di Bahagian Bawah Pipi
Bahagian badan yang terlibat: Gusi atau Masalah Gigi
Gusi atau masalah gigi boleh menyumbang kepada jerawat di bahagian bawah pipi.

7. Kedudukan Jerawat Di Bahagian Tepi Dagu
Bahagian badan yang terlibat: Hormon dan Kemaluan
Masalah ini melibatkan kaum perempuan. Apabila dagu seringkali ada jerawat, itu tandanya ada ketidakseimbangan hormon, biasanya disebabkan oleh haid. Kadang-kadang, tekanan emosi atau fizikal juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Terdapat juga herba yang boleh membantu menyeimbangkan hormon seperti licorice, schisandra, holy basil, maca, burdock, red raspberry leaves, rhodiola and milk thisle. Teh hijau juga merupakan anti-androgen yang terbaik.

8. Kedudukan Jerawat Di Bahagian Tengah Dagu
Bahagian badan yang terlibat: Usus kecil dan perut
Ini juga disebabkan oleh diet yang teruk dan alahan makanan. Pastikan anda buang makanan yang tidak baik daripada diet anda.

9. Kedudukan Jerawat Di Dada dan Leher
Kawasan dada biasanya disebabkan oleh tekanan, jadi pastikan anda tahu apa yang menyebabkan anda tertekan dan cuba untuk hilangkan tekanan itu. Adalah penting juga untuk anda selesa bila berpakaian. Apabila kawasan sekitar leher berjerawat, ia biasanya disebabkan oleh badan anda sedang cuba untuk melawan jangkitan.
Sumber : momsavenous.com
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: