Apakah Makanan Yang Terbaik Untuk kesihatan Mata?



Menjaga mata dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang mudah termasuklah menjaga pemakanan. Beberapa makanan berikut dapat membantu menjaga kesihatan mata secara umum disamping melindungi mata dari pelbagai masalah kesihatan mata seperti katarak, rabun, glukoma dan sebagainya. Antaranya ialah :

Ikan Salmon – Kaya dengan asid lemak omega 3 yangh mampu memelihata kesihatan badan keseluruhannya termasuk mata. Selain itu salmon juga mengandungi asid folik, vitamin A, vitamin D, vitamin B6 dan vitamin B12

Brokoli – Mengandungi tinggi kalsium, vitamin C, lutein, zeaxanthin dan sulforaphane.

Bayam – Kaya dengan vitamin A yang sangat bagus untuk kesihatan mata.

Kobis – Kobis juga mengandungi vitamin A, lutein, dan zeaxanthin

Tomato – Mengandungi vitamin C dan lycopene yang tinggi dan sangat penting untuk kesihatan mata.

Telur – Mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan mata seperti vitamin A, zinc, lutein, lecithin, vitamin B12, Vitamin D dan juga cysteine.

Bawang Putih – Mengandungi sele
nium, vitamin C dan guercetin yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh keseluruhannya.
Lobak – Seperti yang kita sedia maklum, lobak sangat kaya dengan vitamin A dan beta carotene yang baik unutk kesihatan mata.

Biji Bunga Matahari – Mengandungi tinggi kandungan selenium dan mampu mencegah kataraks dan gangguan lain pada mata.

Ubi Keledek – Salah satu makanan yang mengandungi sumber vitamin C serta beta karoten. Kedua kandungan zat dari ubi keledek tersebut sangat baik untuk kesihatan organ penglihatan anda.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: