Anda ada masalah lutut dan siku berwarna hitam? Pasti jenuh nak cari tips atau cara yang berkesan untuk memutihkan semula kehitaman di bahagian lutut. Masalah lutut hitam bukan berpunca dari daki atau kekotoran yang melekat pada lutut, namun punca utamanya lebih kepada masalah kulit kering.
Jika anda merupakan salah seorang yang mempunyai masalah lutut hitam, mungkin 5 tips di bawah ini dapat membantu.
1) Madu,Lemon dan Limau – Buah lemon atau limau (limau purut) memang berkesan untuk menghilangkan kesan hitam di bahagian lutut. Apa yang perlu anda lakukan adalah campurkan sedikit jus limau atau lemon dengan sedikit madu dan sapukan ke bahagian lutut. Biarkan kering selepas itu bilas dengan air bersih. Ataupun anda juga boleh ambil buah limau purut, belah dua dan gosokkan pada bahagian lutut yang hitam. Amalkan selalu untuk melihat hasilnya.
2) Minyak Zaitun atau Minyak Kelapa Dara – Seperti yang dijelaskan tadi, lutut hitam selalunya berpunca dari masalah kulit kering. Jadi untuk mengurangkan warna gelap pada bahagian lutut, anda perlu pastikan kulit sentiasa lembab. Caranya gosokkan minyak zaitun atau minyak kelapa dara untuk melembutkan bahagian kulit lutut. Anda juga boleh sapukan dengan losyen. Selain itu pastikan anda minum air secukupnya.
3) Yogurt dan Kacang Badam – Khasiat yogurt dan kacang badam memang berkesan untuk memulihkan masalah kulit, antaranya untuk melembutkan dan memutihkan kulit. Anda hanya perlu kisar beberapa biji kacang badam dan campurkan dengan sedikit yogurt. Selepas itu anda sapukan ke bahagian lutut yang hitam. Biarkan kering kemudian baru bilas dengan air bersih.
4) Bawang Putih dan Bawang Merah – Ini mungkin sesuatu yang baru buat kita, namun mengikut petua tradisional, bawang merah dan bawang putih juga mujarab untuk memutihkan lutut yang hitam. Anda ambil sebiji bawang merah dan dua ulas bawang putih. Kupas kulitnya dan basuh bersih. Selepas itu anda kisar atau tumbuk kedua-duanya sehingga lumat. Gosokkan ke bahagian kulit lutut dan biarkan kering. Selepas itu bilas.
5) Skrub – Pelbagai jenis skrub yang dijual di pasaran juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit lutut kering. Caranya mudah, anda hanya perlu membersihkan bahagian lutut menggunakan skrub. Anda juga boleh mencuba membuat skrub sendiri. Anda perlu campurkan dua sudu oat dengan satu sudu krim segar ataupun madu. Sapukan ke bahagian lutut, biarkan kering dan bilas.
Sumber: http://www.notawanita.com/
0 comments:
Catat Ulasan