Mengapa Makeup Remover Penting Walaupun Tak Pakai Makeup?


Kebiasaannya, orang yang memerlukan makeup remover inginkn kulit mereka betul-betul bersih setelah seharian mengenakan solekan. Ia sangat penting untuk mengelakkan pori-pori wajah tersumbat dengan kotoran. Namun begitu, realitinya kulit wajah kita sememangnya sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis kotoran tidak kira sama secara langsung dari bahan solekan, air, udara mahupun sentuhan. Oleh itu, selain membersihkan wajah dengan pencuci, make up remover sangat penting umtuk membersihkan kotoran-kotoran ini dengan lebih effective. Sekiranya kotoran ini terus menghuni dan menyumbat pori-pori, maka jerawat pun mula menyinggah tanpa segan silu, betul tak?

Oleh itu, apakah fungsi sebenar make up remover ni?
Membersihkan segala kotoran dan habuk yang melekat serta bahan kosmetik/bedak/sunblock lotion yang digunakan pada wajah.

Mengurangkan risiko ditumbuhi jerawat, blackhead, whitehead, dll akibat penyumbatan pori-pori kulit oleh kotoran.

Merangsang proses penggantian sel-sel baru (skin renewal) melalui penyingkiran sel-sel kulit lama yang telah mati (dead skin cells removal)

Membantu kulit untuk bernafas pada waktu malam
Bilakah Masa yang sesuai guna makeup remover Idealnya, kita patut bersihkan muka pada dua waktu berikut :

Sebelum masuk tidur pada waktu malam – untuk menanggalkan segala kotoran, habuk dan alat kosmetik yang kita pakai pada siangnya

Semasa bangun pagi – untuk menanggalkan minyak (sebum) dan peluh yang terkumpul pada permukaan kulit semasa kita tidur malam. Kulit juga akan jadi lebih segar.

Namun begitu, penggunaan make up removal sekali sehari, sebelum tidur sudah memadai terutamanya yang memiliki jenis kulit yang nipis dan ia tidak bagus untuk mencuci wajah dengan terlalu kerap.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: