Masalah kesihatan mental dalam kalangan wanita Masalah kesihatan mental melanda wanita dan lelaki pada kadar yang lebih kurang sama, Walau pun begitu, terdapat masalah-masalah tertentu yang hanya melanda wanita atau melanda wanita lebih daripada lelaki. Wanita terdedah kepada lebih banyak faktor (biologi, psikososial dan budaya) yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental. Ini termasuklah:
1. Diskriminasi terhadap wanita, penderaan seksual dan keganasan rumahtangga
2. Tanggungjawab yang yang semakin bertambah tanpa pertambahan sistem sokongan yang sewajarnya boleh menimbulkan kesukaran untuk menjayakan segala tanggungjawab mereka.
3. Perubahan hormon pada fasa-fasa tertentu dalam kitar kehidupan mereka. Fasa-fasa yang dimaksudkan adalah waktu pre-haid, mengandung, berpantang dan sekitar/selepas menopos. Seseorang wanita, tidak kira asal-usulnya, tahap pendidikan, status ekonomi dan sebagainya, boleh terdedah kepada masalah kesihatan mental yang sama semasa melalui fasa-fasa penting ini.
Kecelaruan mental dalam kalangan wanita Kebanyakan kecelaruan mental berlaku pada kadar yang sama antara wanita dan lelaki. Gejala kecelaruan mental adalah berbeza di antara wanita dan lelaki. Kecelaruan mental yang lebih melanda kaum wanita berbanding dengan lelaki adalah seperti tersenarai di bawah.
1. Kemurungan
- Wanita dilanda kemurungan dengan kadar dua kali ganda lebih daripada lelaki
- Satu (1) daripada empat (4) wanita memerlukan rawatan untuk kemurungan berbanding dengan satu (1) dalam 10 untuk lelaki.
Ini mungkin kerana perbezaan dari segi:
Ini mungkin kerana perbezaan dari segi:
Psikologi – lelaki lebih menerima tekanan untuk tidak menunjukkan perasaan dan wanita lebih dilanda oleh masalah rendah diri dan mudah hilang kawalan
Sosial – kurang sokongan untuk kaum wanita
Biologi – perubahan hormon yang menambahkan risiko kemurungan pada kaum wanita.
Sosial – kurang sokongan untuk kaum wanita
Biologi – perubahan hormon yang menambahkan risiko kemurungan pada kaum wanita.
2. Mencedera diri
- Kajian terdahulu menunjukkan lebih ramai wanita mencederakan diri daripada lelaki tetapi kini didapati wanita dan lelaki mencedera diri pada kadar yang sama (3)
- Mencedera diri dianggap sebagai satu reaksi manusia apabila berhadapan dengan stres, kemurungan, anzieti dan permasalahan hidup.
- Manusia juga boleh terjebak dengan menghisap rokok, mengambil dadah atau alkohol akibat stres. Lebih ramai lelaki yang terlibat dalam kancah rokok, alcohol dan dadah. Kini penglibatan wanita yang yang terjebak juga telah meningkat.

3. Kecelaruan pemakanan
- Ia lebih melanda wanita dari lelaki terutamanya untuk masalah anoreksia nervosa.
- Walau begitu, jumlah lelaki yang berhadapan dengan kecelaruan pemakanan semakin meningkat.
- Cara menifestasi kecelaruan ini mungkin berbeza antara wanita dan lelaki.
- Walau begitu, jumlah lelaki yang berhadapan dengan kecelaruan pemakanan semakin meningkat.
- Cara menifestasi kecelaruan ini mungkin berbeza antara wanita dan lelaki.
4. Anzieti
- Wanita mengalami anzieti dua kali ganda lebih dari lelaki.
- Sebanyak 60% masalah fobia atau kecelaruan obsesif kompulsif adalah dihidap oleh wanita.
- Sebanyak 60% masalah fobia atau kecelaruan obsesif kompulsif adalah dihidap oleh wanita.
5. Kecelaruan stress pasca-trauma
- Lebih ramai wanita mengalami kecelaruan stres pasca-trauma berbanding lelaki.
- Ini mungkin kerana wanita lebih terdedah kepada keganasan seks.
- Ini mungkin kerana wanita lebih terdedah kepada keganasan seks.
6. Dementia
- Dua per tiga orang yang mengalami dementia adalah wanita.
- Risiko mengalami dementia bertambah dengan pertambahan usia dimana wanita lebih terdedah kerana jangka hayat yang lebih panjang.
- Risiko mengalami dementia bertambah dengan pertambahan usia dimana wanita lebih terdedah kerana jangka hayat yang lebih panjang.
Penjagaan kesihatan mental wanita
- Sokongan emosi amatlah penting bagi wanita terutamanya pada waktu mereka melalui perubahan atau kehilangan dalam hidup mereka.
- Ini kerana sifat semulajadi wanita selalunya ingin meluahkan perasaan mereka. Perasaan mereka bertambah baik apabila masalah mereka didengari.
- Sokongan emosi dari wanita lain atau kakitangan professional penting dalam kesihatan mental wanita dan membantu proses pemulihan dari kecelaruan kesihatan mental.
- Selain itu, idalam kesibukan wanita menjaga ahli keluarga atau orang lain, mereka perlu melapangkan masa untuk aktiviti penjagaan diri yang memberi kepuasan diri seperti bersantai, berekreasi, memberi masa kepada hobi, hiburan dan sebagainya.
sumber : www.myhealth.gov
0 comments:
Catat Ulasan