Tak Perlu Senaman Yang Ketat Kalau Nak Kurus, Cuma Anda Kena Pilih Makanan Ini


Oleh:Nadia Mingguan Wanita
Nak kurangkan berat badan? Bolehlah cuba mengambil makanan berikut kerana ia mampu mengurangkan pengambilan kalori anda setiap kali dimakan. Pengambilan makanan yang bersesuaian amat membantu anda menurunkan berat badan tanpa perlu melalui rutin senaman yang ketat.
1. Badam
Segenggam badam kaya dengan sumber antioksidan, vitamin E dan magnesium. Dikatakan badam mampu meningkatkan rasa kenyang jika dimakan. Ia biasanya banyak membantu mereka yang mengurangkan berat badan.
2. Kopi
Minum lebih daripada satu hingga dua cawan kopi sehari boleh membuatkan anda resah dan gementar. Namun minum kopi dengan sederhana boleh membantu merangsang metabolisme dan menyekat selera makan. Rahsia kopi? Kafein dan juga antioksidan daripada biji kopi. Cuma jangan mengurangkan kesan baik itu dengan terlalu banyak gula atau krim.
3. Halia
Berkurun lamanya, kebanyakan budaya menggunakan halia berikutan kuasa pencernaannya. Tidak kiralah apa cara ia digunakan, halia bertindak sebagai perangsang yang memberi tenaga pada tubuh dan memperbaiki pencernaan. Ia sekali gus membuatkan anda kurang lapar.
4. Avokado
Penuh dengan serat dan asid lemak monotaktepu, avokado menyekat selera apabila dimakan dalam jumlah sederhana. Lemak dan buah ini menghantar isyarat kepada otak untuk memberitahu bahawa perut telah penuh dan kenyang.
5. Lada cayenne
Menurut kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Physiology & Behavior, setengah sudu teh lada cayenne boleh merangsang metabolisme dan menyebabkan tubuh membakar 10 kalori tambahan dengan sendirinya. Bagi mereka yang tidak makan cili dengan kerap, boleh menambah lada cayenne kerana ia mampu membakar lebih kurang 60 kalori dalam hidangan seterusnya.
6. Epal
Ada beberapa sebab pelbagai jenis dan variasi epal mampu membantu menyekat rasa lapar. Pertama sekali, epal penuh dengan serat mudah larut dan pektin yang membantu anda rasa kenyang. Epal turut mengatur glukos dan merangsang tahap tenaga. Akhir sekali, epal memerlukan masa untuk dikunyah dan ini membantu tubuh memberi masa untuk menyedari anda tidak lagi lapar. Paling penting, rasa epal sedap.
7. Telur
Kajian menunjukkan bahawa memakan sebiji atau dua biji telur sewaktu sarapan boleh membantu orang yang berdiet rasa lebih kenyang selama 24 jam jika mereka memakan roti bagel dengan jumlah kalori sama. Dalam kajian sama, mereka yang makan telur memakan 330 kalori rendah daripada mereka yang makan roti bagel pada hari yang sama.
8. Air
Adakah anda dapat menyekat selera dengan hanya minum lebih air kosong? Dalam sains, fakta ini benar. Dalam satu kajian pada bulan Ogos 2010, mereka yang minum dua gelas air kosong sebelum makan akan makan antara 75 dan 90 kurang kalori jika dibandingkan dengan mereka yang tidak minum air.
9. Ubi keledek manis
Menurut saintis makanan, ubi keledek mengandungi sejenis kanji yang melawan enzim pencernaan menjadikan ia kekal lebih lama dalam perut sekali gus buatkan anda rasa kenyang. Ubi keledek turut dipenuhi dengan vitamin A dan vitamin C.
10. Sup sayur
Sup panas berasaskan sayur-sayuran boleh mengenyangkan anda dengan pantas. Ia juga boleh mengatasi rasa lapar dengan kalori minimum. Cubalah makan semangkuk sebelum hidangan utama atau cuba ambil semangkuk besar sup sayur sebagai hidangan utama.
11. Coklat hitam
Sedikit coklat hitam membantu merendahkan rasa teringin kerana rasa pahit memberi isyarat pada tubuh untuk mengurangkan selera. Asid sterik dalam coklat hitam membantu memperlahankan pencernaan untuk membantu anda rasa lebih kenyang. Jika coklat hitam terlalu pahit, cubalah makannya dengan secawan kopi hitam kerana ia mampu mengeluarkan kemanisannya.
12. Tauhu
Sumber protein berasaskan tumbuhan seperti tauhu bukan hanya untuk mereka yang makan sayur atau vegetarian. Tauhu tinggi dengan isoflavone yang dikenali sebagai genistein yang mampu menyekat selera dan merendahkan pengambilan makanan. Makanan goreng pantas sihat adalah cara mudah untuk memperkenalkan tauhu dalam diet anda.
13. Wasabi
Pernahkah anda sedar apabila makan sushi, terasa kenyang dengan mudah? Ini kerana ikan yang terdapat pada sushi. Bahagian lain adalah berikutan dengan wasabi. Bahan berwarna hijau yang pedas ini menyekat selera. Ia juga antikeradangan asli.
14. Teh hijau
Jika anda bukan peminum kopi dan jemu minum air kosong, cubalah minum secawan teh hijau panas. Teh hijau boleh membantu menghentikan anda dari makan kudapan. Catechin dalam teh hijau membantu menghalang pergerakan glukos menjadi sel-sel lemak yang akan memperlahankan peningkatan gula dalam darah serta mencegah insulin tinggi dan penyimpanan lemak. Apabila gula dalam darah stabil, begitu juga dengan rasa lapar.
15. Mil Oat
Walaupun tinggi karbohidrat tetapi jenis karbohidrat dalam mil oat perlahan untuk dicerna dan memastikan anda rasa kenyang berjam-jam selepas sarapan. Ini kerana hormon ghrelin dalam mil oat menyekat selera makan.
16. Jus sayur-sayuran
Jus sayur-sayuran boleh mengenyangkan. Jika anda minum jus sayur-sayuran sebelum makan, anda akan makan kurang daripada 135 kalori.
17. Sayur-sayuran hijau
Jika anda mencari makanan berkhasiat tinggi yang boleh mengenyangkan selama berjam-jam, anda boleh pilih sayur-sayuran hijau.
18. Salmon
Apabila anda makan ikan seperti salmon yang tinggi asid lemak omega 3, tubuh meningkatkan jumlah hormon leptin dalam sistem. Leptin terkenal sebagai penyekat selera.
19. Kulit kayu manis
Taburkan kulit kayu manis dalam makanan anda. Kulit kayu manis mampu membantu merendahkan tahap gula dalam darah yang dapat membantu mengawal selera.
sumber : mingguan wanita
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: