Daging Goreng Ketumbar


400gram daging dihiris sederhana nipis
5 biji bawang merah di tumbuk halus
2 ulas bawang putih di tumbuk halus
1 inci halia di tumbuk halus
1 inci kunyit hidup di tumbuk halus
2 biji cili masak ditumbuk halus
3 batang serai dititik
sedikit sahaja air asam jawa (campur dengan bahan yg dah di tumbuk)
2 sudu besar ketumbar (ditumbuk )
garam, gula ( kalau suka rasa manis terpulang, boleh bubuh lebih sikit) dan serbuk perasa secukupnya...
Bahan2 lain:
-Sebiji bawang besar holland dihiris bulat
- 9 biji cili api diketuk( kalau nak nampak menarik campur cili api hijau & cili api merah)
Cara-caranya:
1. Gaulkan bahan yang dah di tumbuk bersama ketumbar dan air asam jawa rata-rata pada hirisan daging.
2. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Agak-agaklah. Gaul lagi.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan daging tadi bersama serai yang dititik... Tutup kuali.
4. Bila air daging telah kering tambahkan lagi air secukupnya. Masak dengan api perlahan hingga kuah pekat atau garing dengan api perlahan. Kacau sekejap-sekejap.
5. Bila daging dah lembut masukkan bawang holland & cili api yang diketuk, kacau 1-2minit , dan bolehlaa tutup api & hidang kan..
***Hidangan ni tak terlalu berkuah juga tak terlalu kering..
.
.
Sumber: rahsia isteri idaman suami (FB)
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: