Khas Buat 'Workaholic', Hanya 10 Minit Untuk Kekal Fit


Kesibukan kerja wanita yang bekerjaya membuatkan mereka tidak sempat untuk melakukan latihan kecergasan. Namun, masih ada cara untuk anda menentukan tahap kesihatan terjaga di tengah kesibukan ini. Manfaat masa selama 10 minit untuk badan anda lebih sihat dan cergas.
10 Minit - LATIHAN BEBAN
• Latihan beban sangat penting untuk kecergasan badan, meningkatkan metabolisme dan melambatkan penuaan. Luangkan masa 10 minit sehari dengan melakukan latihan menggunakan bodyweight training atau dumbbell yang ada di rumah atau pejabat. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
10 Minit – LATIHAN BEBAN
• Latihan ringan seperti berjalan kaki atau berbasikal adalah perkara yang mudah dilakukan. Begitu juga di tempat kerja, anda boleh luangkan masa rehat selama 10 minit untuk melakukan regangan, berjalan di sekitar pejabat atau berjalan menuruni tangga. Tetapi, jangan lupa minum air yang cukup untuk mengelakkan dehidrasi.
10 Minit – MAKANAN RENDAH LEMAK
• Makanan segera biasanya mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Adalah lebih baik anda memasak resepi sihat untuk memenuhi keperluan gizi anda. Banyak resepi yang hanya menggunakan masa yang singkat untuk memasak. Contohnya, resepi sihat dalam Majalah Rapi ini.
10 Minit - MOTIVASI
• Kebanyakan anda tidak melakukan gaya hidup sihat dan sempurna kerana kurang motivasi. Cubalah untuk membaca dan mendengar kisah kejayaan daripada orang yang anda kagumi atau terdekat. Ini untuk mendapatkan motivasi agar anda lebih bersemangat.
10 Minit – MEDITASI
• Latih pernafasan selama 15 minit setiap hari untuk membantu menurunkan tekanan darah. Cara ini boleh merehatkan otot dan membantu mengurangkan tekanan.
Gunakan 3 Waktu Ini...
Tidak semua latihan kecergasan perlu dilakukan dalam satu waktu. Ambillah 3 waktu ini untuk anda melakukan latihan selama 10 minit.
PAGI HARI
Cuba lakukan perubahan rutin pagi anda. Apabila jam berbunyi, bangun dan lakukan sedikit pemanasan, diikuti dengan latihan ringan. Ini adalah baik daripada anda kembali berbaring di tempat tidur.
WAKTU TENGAHARI
Bagi surirumah tangga, jangan anggap tugas anda itu meremehkan. Sebaliknya, tugas ini akan membuatkan badan anda tetap bergerak dan membakar kalori lebih banyak. Manakala anda yang bekerja di pejabat, luangkan masa melakukan regangan di tempat duduk untuk melancarkan pengaliran darah.
PETANG
Daripada anda menghabiskan masa menonton televisyen, lebih baik anda luangkan masa dengan melakukan senaman seperti berjalan cepat di kawasan taman perumahan atau latihan kardio yang lain.
******************************************************
Jenis Latihan – 10 Minit
Jalan Kaki
• Ketika menjawab panggilan telefon, jangan hanya duduk dan bercakap, sebaliknya gerakkan badan dengan berjalan-jalan di sekitar ruang tersebut.
Joging Setempat
• Anda tidak perlu bersiap dan keluar berjoging di luar rumah. Cukup dengan hanya berjoging di ruang tamu.
Abdominal Exercise
• Lakukan mountain climber, plank dan bicycle crunch untuk membantu menguatkan otot perut dan membakar lebih banyak kalori.
Squat
• Latihan ini dilakukan secara berdiri, duduk di kerusi dan berdiri lagi. Ulang sebanyak 15-20 kali. Mudah, bukan?
Push Up
• Anda boleh lakukan push up sebanyak 10-15 kali ulangan. Anda boleh jadikan dinding sebagai tumpuan tangan.
sumber : rapi.karangkraf
Oleh:Emy Haznida, Rapi
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: