Tabiat Orang Berkulit Flawless


Impian semua wanita di dunia ini adalah untuk memiliki kulit yang bebas dari cela atau flawless. Setiap kali melihat gambar wanita yang cantik, pasti akan terbit rasa cemburu apabila melihat wajah mereka yang sangat flawless. Jadi apa rahsia wanita yang memiliki wajah flawless ini?
Jelita senaraikan lima tabiat yang sering dilakukan mereka yang berkulit licin, lembut dan gebu ini.
Tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari
Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Tidur yang mencukupi penting untuk mengelakkan wajah anda ‘dihiasi’ dengan lingkaran hitam di bahagian bawah mata anda dan sekaligus mencacatkan penampilan anda.
Kurangkan pengambilan gula berlebihan
Selain dari menambahkan berat badan, pengambilan gula yang berlebihan juga dapat mempercepatkan proses penuaan wajah.
Ambil masa untuk relaks
Semua wanita tahu stress boleh memberikan kesan yang buruk pada fizikal dan mental. Selain itu, ia juga memberikan kesan negatif pada kulit wajah dengan penumbuhan jerawat dan jeragat. Jadi ambil masa untuk berehat dan relaks kerana ia bukan sahaja memberikan tenaga kepada tubuh malah mengembalikan seri wajah seseorang.
Lindungi kulit dari cahaya matahari
Kaya dengan Vitamin D namun pancaran matahari secara eksesif akan membawa lebih padah pada kulit anda.
Gunakan pelembap setiap hari
Kekal kelembapan wajah anda dengan menggunakan pelembap kerana ia membantu untuk mengelakkan wajah menjadi kusam.
Sumber: GLAM
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: