5 Haruman Mendamaikan Untuk Wanita.


Apa aroma terapi anda hari ini? Kalau anda nak tahu, aromaterapi dan wanita mempunyai kaitannya tersendiri dalam mempertingkatkan kesihatan tubuh. Jadi, tidak hairanlah kini terdapat pelbagai jenis aromaterapi di pasaran. Apa yang perlu anda lakukan adalah memilih aromaterapi yang sesuai dengan keadaan anda.
Adakah anda memilih haruman aroma terapi yang tepat selama ini? Mari lihat lima jenis haruman yang biasanya menjadi pilihan dan ketahui fungsinya.
1. ROSEMARY
Ia berkesan dalam mempertingkatkan konsentrasi minda. Laporan kajian di dalam International Journal of Neuroscience menyatakan, responden yang menghirup haruman rosemary sepanjang ujian dilakukan, mempamerkan konsentrasi yang lebih baik berbanding yang lain.
2. EUCALYPTUS
Berkesan dalam mengubati demam selesema, kandungan eucalyptol yang ada padanya dapat membantu pesakit mengeluarkan hingus dan kahak.
3. VANILA
Percaya atau tidak, haruman vanilla bertindak mengawal nafsu makan terhadap makanan yang manis. Menurut Hospital St. George, London, England, harumannya akan merangsang fungsi hormon serotonin yang dapat menghilangkan keinginan untuk menikmati makanan yang manis.
4. LAVENDER
Jika anda berhadapan dengan masalah stres, haruman lavender harus dijadikan pilihan. Menurut jurnal Psychiatry Research, dengan hanya menghidu haruman ini selama lima minit sahaja sudah mampu menurunkan tahap hormon kortisol yang terhasil semasa sedang stres.
5. GERMAN CHAMOMILE
Ia berfungsi meredakan senak perut dan sindrom pra mentsruasi. Kandungan yang ada di dalam haruman ini bermanfaat sebagai anti pasmodik yang bertindak merehatkan otot-otot di sekitar rahim.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: