Teh Untuk Kurus


Teh bukan sahaja baik untuk sakit tekak dan relaksasi, malah ia sangat berkesan untuk menurunkan berat badan. Terdapat banyak teh untuk kurus yang dijual di pasaran sekarang tetapi keberkesanannya kadang kala meragukan.
Lebih mudah kita cari sahaja teh yang biasa ada di pasaran tetapi banyak manafaatnya untuk menurunkan berat badan. Ketahui empat teh ini yang sangat berkesan untuk membantu anda hilangkan berat badan.

Teh 1: Teh hijau
Teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Manafaatnya bukan sahaja untuk menurunkan berat badan malah ia berkesan untuk menstabilkan hormon dan juga mencantikkan kulit.
Kesan teh ini: Membuang sel lemak.

Teh 2: Teh oolong
Teh ini berasal dari China dan dikonsum secara meluas di sana. Teh ini memiliki komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisma badan.
Minum teh ini setiap hari, anda akan boleh menurunkan risiko obesiti.

Teh 3: Teh mint (pudina)
Aroma dari minyak peppermint dan juga komponen organik yang lain dalam teh ini dapat melenyapkan selera anda. Jika anda terasa mahu mengunyah kudapan, bancuh teh ini dan hirup.
Ia dapat membantu anda mengelakkan overeating dan juga obesiti.

Teh 4: Teh putih
Kajian menunjukkan teh ini menghalang adipogenesis, proses pembentukan sel lemak. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes.
Mahu kekal kurus setelah penat-penat hilang berat badan? Banyakkan minum teh putih.

Bukanlah teh kurus yang ada di pasaran tidak elok tetapi lebih mudah jika anda beli sahaja empat teh ini dan cuba sendiri. Lebih jimat! - RAPI
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: