7 Tabiat Kecil Buatkan Muka Senang Tumbuh Jerawat!


Alamak jerawat di muka? Walau jerawat kecil sekalipun, mesti akan rasa stres dan kurang keyakinan diri.
Tapi tahukah anda, ada beberapa tabiat kecil atau buruk yang dalam diam anda lakukan sebenarnya terjadinya pertumbuhan jerawat?

1. Terlalu kerap cuci muka
Mencuci muka terlalu kerap buatkan jerawat lebih teruk. Sebaliknya, basuh muka anda pada waktu pagi apabila anda bangun dan pada waktu malam sebelum tidur.
2. Bersungguh-sungguh menggosok kulit anda
Menyental kulit dengan tuala kecil atau pencuci pengelupasan boleh menyebabkan jerawat. Untuk mengelakkan jerawat, basuh wajah dengan air suam dan pembersih yang lembut.
3. Tidak bersihkan kulit yang berpeluh
Selepas anda bersenam, kulit anda dilitupi dengan peluh. Jangan biarkan ianya sebati pada kulit, cepat-cepat mandi atau cuci dengan segera selepas berpeluh.
4. Sentiasa gatal untuk kulit & sentuh jerawat
Ada yang geram bila muka tumbuh jerawat, tapi jangan sentuh! Ia buatkan jerawat lebih merah, nanah akan meresap dalam kulit dan tinggalkan parut. Rawat jerawat dengan krim anti-jerawat.
5. Pastikan produk rambut tidak terkena pada muka
Jauhkan produk rambut dari wajah anda kerana ia akan memasuki liang kulit dan sekaligus menyebabkan pertumbuhan jerawat.
6. Makan makanan yang berminyak
Makanan berminyak boleh menjadikan kulit berjerawat teruk kerana minyak berlebihan. Jadi kurangkan makanan berminyak kalau nak kulit cantik dan tubuh lebih sihat.
7. Menggunakan kosmetik yang mengandungi minyak
Jika kulit jenis berjerawat, jangan guna produk yang mengandungi minyak. Cari produk bebas minyak dengan label “non-acnegenic” atau “non-comedogenic” untuk membantu mencegah jerawat.
sumber : hanasuva.com
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: