PETUA KECANTIKAN PELAKON KOREA


Wanita Korea sangat prihatin akan penjagaan wajah dan kecantikan mereka. Maka, tidak hairanlah mengapa industri kecantikannya sangat kompetetif dan sering tampil dengan pelbagai produk penjagaan wajah serta tubuh.

Mereka secara tidak langsung menjadi ikon dalam dunia kecantikan dan mereka bukan sahaja dapat menjana pendapatan dengan menjadi “wajah” kepada jenama kecantikan malah amat dikagumi oleh wanita yang menjadikan kejelitaan mereka sebagai inspirasi.
Mungkin ada yang masih skeptikal dengan sesetengah artis di sana yang dianggap punyai wajah plastik tetapi ada sebilangan pelakon wanita mempunyai kecantikan semulajadi dengan rutin penjagaan wajah tersendiri.

1. Jaga Kesihatan
Pelakon drama, Yoo In Na percaya sekiranya badan seseorang itu sihat, secara tidak langsung kulit juga akan sihat dan berseri-seri. Bersenam menggalakkan peredaran darah dan membuat kita berpeluh untuk membuang toksin dalam tubuh.

2. Rehatkan Wajah
Bagi pelakon Ha Ji Won, dia memastikan wajahnya bebas dari solekan dan dibiarkan “bernafas” sebanyak mungkin. Bintang Secret Garden ini juga dikatakan gemar makan buah-buahan yang kaya dengan vitamin.

3. Air Air Air
Tidak hairanlah petua minum air menjadi pilihan Lee Na Young, Jun Ji Hyun, Yoo In Na dan Song Hye Kyo untuk sentiasa tampak berseri-seri. Sebaiknya elakkan minum air manis dan juga minuman bergas.

4. Pupur Wajah ( FACE MASK)
Jenama kecantikan Korea cukup popular dengan pelbagai jenis pupur wajah atau mask dan ini telah menjadi sebahagian rutin kecantikan hampir setiap wanita di sana. Bintang drama All About My Romance, Lee Min Jung juga tidak ketinggalan dengan menggunakannya dan turut berkongsi rahsia kecantikannya adalah dengan ketawa yang akan terserlah pada wajah jika kita gembira.

5. Lapisan Pelembap
Mungkin kerana cuaca empat musim mereka, pelakon Marry Him If You Dare, Yoo Eun Hye mengamalkan pemakaian krim pelembap tiga kali lebih dari yang dicadangkan sebelum tidur. Park Shin Hye yang popular dengan drama The Inheritors juga gemar gunakan pelembap tetapi bukan yang berasaskan minyak kerana solekan selalunya mengandungi asas minyak.

6. Telur Putih & Ais
Aktres Song Hye Kyo gemar menggunakan campuran telur putih dengan madu asli sebagai pupur/masker. Sapu campuran pada seluruh wajah, bersihkan dengan air setelah kering. Anda juga boleh gunakan madu untuk mencerahkan kulit wajah dengan rutin dua kali seminggu. Urut wajah dengan campuran satu sudu madu dan dua sudu air. Aktres ini juga dikatakan menggunakan ketulan ais untuk mengurut wajah untuk anjalkan kulit.

7. Minum Susu
Rutin sebelum tidur Yoo Eun Hye dan juga bintang The Moon Embracing The Sun, Han Ga In adalah memastikan mereka minum susu panas untuk dapatkan tidur yang lena sepanjang malam. Seperti yang kita tahu, tidur yang cukup sepanjang malam adalah kunci kepada kulit yang sihat serta wajah yang segar keesokan harinya.

8. Semburan Wajah
Pelakon  drama Emergency Couple, Song Ji Hyo sering membawa face mist ke mana saja dia pergi. Tambahan pula bila terbabit dalam produksi Running Man, aktres kecil molek ini memastikan wajahnya punya penghidratan secukupnya.

9. Elak Sentuh Wajah
Jelitawan seperti Kim Tae Hee, bintang drama Jang Ok Jung, percaya amalan tidak menyentuh wajah untuk mengelak kedutan. Katanya, dia hanya membilas (splash) dengan air pada wajah ketika membersih muka tanpa menyentuhnya.

10. Elak Makan Lewat Malam
Yoo In Na mengamalkan cara pemakanan sihat dengan tidak mengambil sebarang makanan pada  lewat malam. Selain itu dia juga tidak mengambil nasi putih dan lebih gemar menggantikannya dengan sayur kobis yang disukainya.


Sumber: Majalah EH
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: