ADA 5 JENIS PERUT, NI CARA KEMPISKANNYA



Setiap kali wanita menyedari masalah perut buncit, satu-satunya senaman yang terlintas adalah melakukan sit-up. Namun bagaimana setelah pelbagai cara dilakukan, termasuk berdiet, tanda-tanda flat belly masih tidak menjelma? Perut rata dengan lekuk pinggang kerengga, oh mungkinkah itu mimpi siang semata? 

.
THE MOMMY TUMMY
Wanita selepas bersalin biasanya berdepan jenis perut ini. Anda dinasihatkan agar tidak berdiet namun harus mengawal porsi agar tidak berlebihan. Pastikan pemakanan seimbang merangkumi protein, karbohidrat, produk tenusu, sayuran, buah-buahan dan lemak baik.
.
TIP: Lakukan gentle pelvic floor exercises atau Kegel untuk membantu meratakan otot-otot perut dari dalam ke luar serta mengencangkan otot pinggul.

.
THE BLOATED TUMMY
Boleh dialami oleh wanita dengan bentuk badan ideal atau yang berlebihan berat badan. Anda dapat mengenalinya pada pagi hari, di mana kondisi perut nampak rata namun semakin hari beransur malam, akan nampak buncit akibat gas berlebihan serta pencernaan yang kurang lancar.
.
TIP: Amalkan suplemen prebiotik dan probiotik. Lakukan latihan pernafasan untuk mengurangkan masalah. Baring telentang, relaks dan tarik nafas dalam-dalam sampai ke perut sebanyak sepuluh kali, setiap pagi. Berenang dan berjoging juga dapat membantu mengurangi masalah ini.

.
THE LITTLE POOCH TUMMY
Dikenal pasti melalui bentuk timbunan lemak yang terkumpul di bahagian bawah perut sahaja. Walaupun anda selalu melakukan olahraga secara rutin, namun perut tetap membuncit di situ. Ia mungkin disebabkan jenis workout atau menu makanan yang sentiasa sama.
.
TIP: Lakukan senaman lunges dan juga squats. Elakkan senaman sit-up yang berlebihan bagi mengelakkan ketegangan pada otot di bahagian pinggul dan punggung ke bawah. Banyakkan meminum air putih untuk membantu pencernaan dan makan serat untuk membantu penghadaman.

.
THE SPARE TIRE TUMMY
Dialami oleh wanita yang kurang bergerak atau banyak melakukan tugas-tugas ofis, selama berjam-jam setiap hari. Lazimnya berlaku kerana pengambilan makanan tinggi gula dan karbohidrat. Walau bagaimanapun, masalah ini mudah diatasi dengan berolahraga atau mengamalkan pemakanan sihat.
.
TIP: Singkirkan perut buncit dengan berolahraga, beryoga, berjalan kaki dan squat jumping setiap hari. Amalkan juga makanan segar yang belum diproses seperti ikan, telur, daging dan sayuran organik. Jangan lupa tambahkan lemak baik dalam menu harian seperti yang terdapat dalam avokado, kekacang dan minyak ikan.

.
THE STRESS TUMMY
Jika perut membuncit di bahagian depan ulu hati dan pusat, ia mungkin akibat stress tummy. Perut akan membesar apabila anda stres kerana tubuh menghasilkan hormon kortisol atau hormon yang mendorong pengumpulan lemak di sekitar perut. Masalah ini berlaku kerana terlalu sibuk, kurang tidur, waktu makan yang tidak menentu, banyak mengambil kafein dan makanan ringan.
.
TIP: Konsumsi makanan yang mengandungi magnesium seperti sayuran hijau dan biji-bijian. Hadkan pengambilan kafein, maksimum 2 gelas sehari.

sumber : www.nona.my

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: