Makanan Sihat Pun Boleh Rosakkan Gigi


Jaga-jaga, Makanan Yang Sihat Pun Boleh Rosakkan Gigi Ya! 
Ramai di kalangan kita mempercayai makanan sihat memberi kebaikan 100% tanpa mengetahui ia juga ada mendatangkan keburukan sampingan seperti kerosakan gigi.
Bagaimana makanan sihat ini boleh dikaitkan dengan kerosakan pada gigi? Bukankah makanan sihat sepatutnya tidak perlu dirisaukan? Baca entri RAPI kali ini.
Buah Kering
Memilih snek ringan yang terdiri daripada buah kering seperti aprikot, kismis, kurma dan sebagainya kedengaran menyihatkan tetapi buah kering ini mengandungi gula semula jadi yang boleh melekat pada gigi dan menjadi punca kerosakan gigi.
Jika anda benar-benar mahu menikmati zat buah dan tanpa rosak gigi, lebih baik anda memilih buah segar untuk dijadikan sebahagian dari hidangan anda. Snek tanpa merosakkan gigi yang selamat dan boleh diambil adalah kekacang atau bijian.
Jus
Buah epal mungkin rahsia anda kekal sihat dan langsing sebagaimana kebanyakan orang yang memilih epal hijau sebagai menu yang sihat. Tahukah anda bahawa buah segar seperti epal hijau mengandungi tahap asid malah apa saja buah yang memiliki PH dibawah 5.5 boleh menyebabkan kerosakan gigi. Jus oren (pH 3.8), limau gedang (pH 3.3), jus nenas (pH 3.4), jus kranberi (ph 2.6) malah perahan lemon atau cuka yang biasanya anda masukkan ke dalam salad (kedua-duanya pH 2.0).
Sebaiknya, pilihlah makanan beralkali di mana ia terdiri daripada tahap pH yang tinggi dan mampu meneutralkan kesan asid dari gula. Jus terbaik untuk anda ambil adalah jus seleri, timun dan bayam.
Air Bergas Tanpa Kalori
Minum air yang banyak merupakan satu cara untuk kekal bertenaga dan hidrasi namun tidak ramai yang sedar bahawa mengambil minuman bergas boleh menyebabkan kerosakan enamel pada gigi. Air bergas mengandungi nilai pH sekitar 3 malah mengandungi kandungan gula yang tinggi.
Anda mungkin merasa lega apabila gigi boleh memperbaiki hakisan enamel melalui proses remineralisation asalkan anda tidak terlalu terdedah kepada minuman bergas ini. Jika anda merasa teringin sekalipun, ada para doktor gigi menyarankan anda minum minuman bergas menggunakan straw untuk mengurangkan kerosakan terlampau terdedah pada gigi.
Adalah penting untuk mengetahui perbezaan pelbagai jenis pemanis. Kebanyakan produk yang tertera perkataan tooth-friendly biasanya menggunakan xylitol, aspartame, acesulfame-K dan sakarin.
Meskipun kebanyakan makanan ringan atau minuman berkarbonat melabelkan produk bebas gula tetapi kandungan asid yang tinggi juga penyumbang kepada kerosakan gigi. Bukan tidak boleh langsung menikmati makanan ringan sihat ini tetapi biarlah berpada-pada. Hati-hati ya!
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: