CERAHKAN KULIT SECARA SEMULAJADI DENGAN TOMATO PUTIH


Kebanyakkan wanita hari ini berlumba-lumba mencari produk kecantikan. Bukan sahaja mereka dambakan kulit yang cantik tetapi juga mahukan kulit yang lebih cerah.
Memang kenalah perkongsian hari ini untuk wanita-wanita yang mahukan kulit yang cerah. Tapi, ini bukanlah satu produk kecantikan.

Tomato Putih
Bagaimana tomato putih boleh membantu mencerahkan kulit anda?
Menurut Pakar Biologi Kulit dan Penyelidik Kosmetik, Dr Alain Khaiat, Tomato putih mengandungi kepekatan tinggi karotenoid tidak berwarna iaitu phytoene dan phytofluene yang boleh memutihkan kulit.
Untuk anda yang mahukan kulit anda menjadi perang atau lebih gelap, anda boleh mnegambil tomato biasa dalam jumlah yang banyak. Ini kerana ia mengandungi karotenoid merah.
Phytoene dan phytofluene adalah bahan pencerah semula jadi paling cekap dan terbukti secara saintifik mendatangkan manfaat kepada kulit dengan bertindak sebagai pelindung daripada kerosakan disebabkan cahaya UV dan foto oksida.

Karotenoid
Karotenoid adalah pigmen organik yang ditemui dalam kloroplas dan kromoplas tumbuh-tumbuhan serta organisma fotosintetik termasuk bakteria dan kulat.
Karotenoid juga punca warna kuning, oren dan merah pada kebanyakan sayuran dan buahan seperti lobak, tomato, labu dan jagung. Pigmen organik yang biasa ditemui adalah beta karotina yang memberi warna oren pada lobak dan lycopene yang memberi warna merah pada tomato biasa.
Karotenoid ini juga menghalang sintesis melanin bagi mencegah tompokan pigmentasi dan mengurangkan kehadiran melanin dalam sel termasuk parut akne, jeragat, hitam bawah ketiak dan tanda penuaan.
Kandungan antioksida dalam pigmen ini juga mencegah kerosakan akibat radikal bebas dan antiradang.
Malah kajian menunjukkan selain mengandungi antioksida dan antiradang, karotenoid tidak berwarna juga menyerap sinaran UVA dan UVB.
Pigmen ini berfungsi menyekat pembentukan melanin dan dapat mengurangkan melanin yang sudah sedia ada dalam sel.
Pengambilan karotenoid tidak berwarna secara oral akan memekat dalam kulit dan ini akan menyebabkan kulit semakin cerah.
Lebih menyeronokkan, kesan pencerahan kulit bukan hanya pada bahagian wajah tetapi keseluruhan tubuh.
Selain kulit menjadi lebih cerah, pembentukan radikal bebas yang merupakan punca utama penuaan dapat dicegah.
Tidak semata perlu bergantung pada produk kecantikan, buah-buahan dan sayuran juga dapat membantu anda mendapatkan kulit yang cerah dan cantik.

Selamat mencuba

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: