3 KEBURUKAN MINUM AIS SELEPAS MAKAN

Salam sejahtera semua. Hari ni terbaca lagi blog kesihatan, oklah, nak share dengan korang 3 keburukan minum ais, info menarik ni terbaca dalam blog janahazana, memang cool dan best artikel dia, ok jom baca semua.

1) Minuman berais ganggu proses penghadaman

Minuman ais akan mengganggu kebolehan semulajadi tubuh untuk memproses makanan yang dimakan dengan sempurna. Ia menyebabkan proses-proses tersebut menjadi lebih perlahan. Ini akan mengganggu penghadaman dan boleh menyebabkan tubuh gagal menyerap zat & nutrisi dari makanan yang diambil. Makanan juga tidak dapat ditukar kepada tenaga.

Makanan yang dihadam dengan sempurna akan ditukar kepada tenaga dan nutrisi bagi memastikan setiap organ dapat berfungsi dengan lancar. Malah tenaga tersebut digunakan untuk kita menjalankan tugasan harian. Apabila tubuh tidak mendapat tenaga dan nutrisi yang mencukupi, ia boleh menyebabkan antaranya sistem imun terganggu. Tubuh akan mudah mendapat jangkitan penyakit seperti demam, sakit tekak dan selesema.

2) Hilang kandungan air dalam tubuh

Lagi, apabila minum minuman berais sejumlah tenaga diperlukan untuk mengimbangi suhu dalam badan kita supaya kembali kepada normal. Maka tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada proses penghadaman telah berkurangan. Sebab tu selepas makan disertakan minuman berais, tubuh akan rasa lemah dan lesu. Lagi, apabila banyak tenaga digunakan ini akan menyebabkan tubuh kita cenderung untuk kehilangan kandungan air. Sebab tu kalau diperhatikan, minum ais sebabkan lebih cepat rasa haus dan kulit jadi kering.

3) Lemak terkumpul

Terdapat kajian yang menunjukkan minuman berais menyebabkan lemak-lemak dalam makanan yang diambil mengeras dan lebih sukar untuk diproses dan dicerna. Oleh itu tubuh tidak dapat menyingkirkan lemak-lemak tersebut dengan sempurna.

sumber: janahazana

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: